-->

Mac 24, 2014

Gadis bertudung dikecam kerana sekeping gambar ini...

Bergambar ada hadnya. Lagilah kalau nak muat naik dalam laman sosial. Ini kerana bimbang gambar berkenaan akan disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Begitu juga yang berlaku kepada seorang gadis.

Gara-gara memuatnaik gambar yang boleh menimbulkan salah faham, seorang gadis (nama tidak perlu disiarkan) menjadi mangsa fitnah. Segalanya bermula apabila seseorang mengirim surat dan sekeping gambar yang memaparkan gadis tersebut dihadapan sebuah tokong. Kemudian ianya disiarkan ke dalam sebuah blog. Blog berkenaan turut menyertakan salinan print screen bagi membuktikan emel berkenaan benar-benar diterima daripada seseorang yang mengaku dirinya sebagai pemilik gambar itu (mungkin bagi membuktikan bukan cerita rekaannya).


Ternyata, isi kandungan surat berkenaan mendatangkan kemarahan masyarakat Islam di laman siber dan turut disebarkan ke blog lain. Bagaimanapun berdasarkan pos terkini di blog tersebut (semalam, kerana hari ini blog sudah not found) dan juga akaun Facebook milik gadis itu, dia mendakwa dirinya difitnah. Berikut adalah petikan status Facebook miliknya dan mendakwa dia menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab. Pada masa sama, dia menjelaskan gambar di hadapan tokong yang diambilnya itu tidak membawa maksud dia terpesong dari agama Islam dan mahu mengikut cara penganut agama lain beribadah.



Dipercayai, gambarnya itu dicuri oleh salah seorang rakan Facebooknya sendiri.


p/s: Harap isu ini jadi pengajaran kepada yang lain dan gadis ini tabah menempuhi dugaan. Selain itu, sama-sama kita doakan semoga mereka yang melakukannya mendapat hidayah dari ALLAH…

Amin..