-->

Ogos 12, 2016

Makin Menjadi-Jadi Kes Samun, Kali Ini Bapa Emma Maembong Jadi Mangsa

Bapa kepada pelakon popular Emma Maembong, Ismail Embong cedera dipercayai disamun di rumahnya di ibu negara, malam tadi.

Bapa Emma Maeembong Cedera Disamun

Bapa Emma Maeembong Cedera Disamun

Dalam kejadian 7.30 malam, mangsa berusia 68 tahun dikatakan cedera di tangan dan kepala selepas ditetak suspek lelaki.


Menurut sumber polis, suspek dipercayai menggunakan parang untuk mencederakan mangsa sebelum Ismail sempat menyelamatkan diri dan meminta bantuan jiran.

"Siasatan lanjut masih dijalankan iaitu jumlah kerugian yang dialami mangsa dalam kejadian itu," katanya.

Sementara itu, seorang anak Ismail, Shikin Maembong mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ketika kejadian bapanya tinggal berseorangan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/158369