-->

Februari 17, 2017

Ferrari 812 Superfast yang terlalu laju

Jika sebelum ini model-model Ferrari diberikan nama-nama seksi berbahasa Itali seperti Modena, Berlinetta dan sebagainya, kini Ferrari nampaknya lebih ganas dari segi penamaan.

Ferrari 812 Superfast_3

Model terbaharu ini diberi nama 812 Superfast, atau “Sangat Laju”.

Dengan kelajuan maksimum 340 kmj dan kepantasan 2.9 saat untuk mencapai 100 kmj dari berdiri, apa lagi nama yang lebih sesuai?

Untuk menghasilkan prestasi ini, blok enjin yang digunakan adalah 200cc besar dari model F12 dan LaFerrari, iaitu 6.5-liter V12, yang berupaya menjana 789 bhp pada 8500 rpm dan tork sebanyak 718 Nm pada 7000 rpm. Bunyi ekzosnya juga berbeza dengan model lain.

Ferrari 812 Superfast_4

Enjin berkuasa tinggi ini disambung dengan kotak gear yang ditingkatkan prestasinya iaitu klac berkembar automatik tujuh kelajuan yang telah diprogram untuk menghasilkan penukaran gear yang sangat pantas dari yang terdapat pada model Ferrari sebelum ini untuk memberi daya pecutan tinggi.

Rupabentuknya mirip model F12tdf tetapi telah terdapat banyak pembaharuan yang menampilkan rekabentuk yang amat moden dan seksi, dan pada masa yang sama, kelihatan gagah perkasa.

Ferrari 812 Superfast_2

Pereka Ferrari cuba mengambil ciri-ciri rupa model Ferrari 365 GTB4 dari tahun 1969 apabila menghasilkan rupa 812 Superfast.

Ferrari 812 Superfast_6

Steeringnya dibantu oleh kuasa elektrik (Electric Power Steering) yang bekerjasama dengan sistem Slide Slip Control 5.0 (SSC) yang terdapat pada model Ferrari yang lain. Roda belakang juga boleh dikawal arah pusingannya dengan sistem Virtual Short Wheelbase 2. 0 (PCV) yang membantu pengendalian, memberikan tahap pengendalian yang lebih tangkas dari biasa.

812 Superfast – Spesifikasi Teknikal

pastedGraphic.png

Ferrari 812 Superfast_5


Sumber Automotif - Careta