-->

Februari 15, 2017

Hazren Perjelas Isu Pegang Perut Tapir

Hazren Perjelas Isu Pegang Perut Tapir,ok!: "Apa yang berlaku itu adalah secara spontan. Niat saya hanya mahu berkongsi kepada masyarakat di luar sana mengenai cara menjinakkan haiwan,” kata Hazreen Syafiela Alang Abd Hamid, 26, yang gambarnya baring bersama Tapir jantan tular di laman sosial, kelmarin.

Hazren Perjelas Isu Pegang Perut Tapir

Gambar berkenaan turut mendapat kecaman segelintir pengguna laman sosial yang mengecam kononnya Hazreen Syafiela mahu memegang kemaluan haiwan berkenaan.

Hazreen Syafiela yang juga kakitangan awam berkata, gambar itu diambil seorang rakannya ketika dia berkunjung ke pusat perlindungan haiwan di Tanjung Malim, Perak pada Oktober tahun lalu.

"Saya mengambil keputusan untuk memuat naik foto berkenaan di laman sosial selepas beberapa bulan disimpan dalam telefon bimbit," katanya meenrusi Harian Metro.

Menurutnya, ketika berkunjung ke pusat itu, dia mendekati Tapir jantan berkenaan dan mendapati haiwan itu dalam keadaan mengantuk.

"Haiwan itu selesa menerima kehadiran saya. Jadi, saya pun terus membelainya dengan mengusap beberapa anggota badan Tapir jantan itu termasuk di bahagian kepala, badan dan perutnya.

"Saya juga tidak menyangka tindakan saya mengusap Tapir itu sehingga ia tertidur mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial.

"Saya memang pencinta haiwan sejak saya masih kecil lagi. Alhamdulillah dengan kelebihan yang dianugerahkan Allah SWT, saya juga mampu menjinakkan haiwan lain termasuk ular berbisa," katanya.

Katanya, dia tidak berniat untuk memegang kemaluan haiwan itu sebaliknya berkongsi cara menjinakkan Tapir jantan itu kepada orang lain.

“Haiwan ini perlu dibelai dan diusap-usap terutama bahagian perut termasuk usaha untuk menidurkannya.

"Cara itu juga turut digunakan untuk menjinakkan kucing dan anjing peliharaan. Saya juga tidak ada niat menunjuk-nunjuk terutama bagaimana saya boleh berbuat demikian sebaliknya hanya mahu berkongsi benda baik," katanya.

sumber
http://ift.tt/2lgsS9D