-->

Februari 24, 2017

PDRM Dedah Cecair Kimia Membunuh Kim Jong-nam

PDRM Dedah Cecair Kimia Membunuh Kim Jong-nam,ok!: Cecair yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam dikenal pasti sebagai ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau ‘VX Nerve Agent’.

PDRM Dedah Cecair Kimia Membunuh Kim Jong-nam

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil laporan awal analisa dari Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia VX yang disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997 digunakan dalam kes pembunuhan lelaki warga Korea Utara itu.

Menurutnya, keputusan itu diperoleh selepas Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia menjalankan analisa awal ke atas beberapa spesimen hasil pengesatan kapas kering (dry swab) pada mukosa mata dan muka si mati.

Jong-nam abang kepada pemimpin Korea Utara dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) pada 13 Februari lalu oleh dua wanita warga asing dengan menyimbah sebelum menekup mukanya dengan cecair beracun.

Dua wanita warga Indonesia dan Vietnam itu dilatih oleh empat lelaki warga Korea Utara yang kini sudah melarikan diri ke negara asal mereka.

sumber
http://ift.tt/2miNo7s

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!