-->

Mac 09, 2017

2 Petugas PBB Rakyat Malaysia Dibebaskan Korea Utara


2 Petugas PBB Rakyat Malaysia Dibebaskan Korea Utara,ok!

 2 Petugas PBB Rakyat Malaysia Dibebaskan Korea Utara

1. Alhamdulillah saya telah dimaklumkan bahawa 2 rakyat Malaysia di bawah UN World Food Programme telah dibenarkan keluar dari Pyongyang. Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy kini selamat di Beijing.

2. Saya juga baru selesai perbualan telefon dengan Encik Mohd Nor Azrin, Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia, Pyongyang, dan saya ingin maklumkan bahawa beliau dan keluarga serta rakyat Malaysia yang lain berada dalam keadaan selamat di Korea Utara, Alhamdulillah. Saya maklumkan juga kepada beliau bahawa saya, rakan-rakan dalam Kerajaan malah semua rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mereka, dan bahawa kita sedang berusaha sedaya-upaya untuk membawa mereka pulang ke tanah air.

3. Kerajaan Korea Utara telah memberi jaminan mengenai keselamatan mereka, dan juga bahawa mereka bebas melakukan aktiviti harian seperti biasa, cuma tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut. Kita sedang berusaha untuk mencapai penyelesaian terbaik kepada perkara ini. Sama-sama kita doakan.

DATUK SERI NAJIB RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!