7 Golongan Yang Mendapat Naungan (Perlindungan) Allah SWT Di Hari Kiamat Nanti .. Sebarkan Kepada Semua !! - La iye Ker

Hot





Mac 12, 2017

7 Golongan Yang Mendapat Naungan (Perlindungan) Allah SWT Di Hari Kiamat Nanti .. Sebarkan Kepada Semua !!



 

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Terdapat tujuh (7) golongan yang mendapat Naungan (perlindungan) Allah SWT di Hari Kiamat kelak. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah  bersabda:

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري)
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى  pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)
.
.

Huraian Hadis

.
[Q1] Naungan Allah سبحانه وتعالى ini dapat diertikan secara sebenarnya iaitu naungan dari ‘arasy Tuhannya, tetapi dapat juga ditafsirkan sebagai kinayah iaitu dalam lindunganAllah سبحانه وتعالى dan ditempatkan di tempat yang dimuliakan.

[Q2] Meleleh air matanya, maksudnya ialah kerana ingatannya memusat betul-betul kepada Allah سبحانه وتعالى, berasa banyak dosa yang dilakukan, juga kerana ia amat rindu untuk segera bertemu denganNya dalam keadaan diredhai olehNya.
.
.

Penjelasan lanjutnya adalah sebagai berikut.:

.
1. Pemimpin Yang Adil

Pemimpin di sini termasuk Ketua Negara, Presiden, Gabenor, Ketua Daerah, ketua pejabat, penghulu, ketua rumah tangga (suami) atau ketua pelajar. Kerana setiap kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan oleh Allah سبحانه وتعالى kelak. Untuk itu, seorang pemimpin perlu bertindak adil sehingga semua orang yang dipimpinya boleh merasakan perkhidmatan yang maksimum dan menegakkan peruntukan undang-undang yang sebenar.
.
.
2. Pemuda Yang Membesar Dalam Ketaatan (Ibadah)

Masa muda adalah masa di mana syahwat sedang memuncak sehingga tidak kurang ramai pemuda yang terjerumus dalam kemaksiatan. Hanya pemuda yang mampu mengisi hari-harinya dengan ibadah sahajalah yang terselamat di hari kiamat. Sebagaimana kisah ‘Ashabul Kahfi’ (Para pemuda Kahfi) yang mengelakkan kezaliman penguasa untuk menyelamatkan aqidah mereka.
.
.
3. Seorang Yang Hatinya Terikat Dengan Masjid

Orang yang tidak akan terlepas setiap peluang untuk memakmurkan masjid dengan ibadah dan amal-amal soleh secara istiqamah, terutama solat fardhu berjemaah. Hatinya selalu ‘risau dan resah’ apabila jauh dari masjid, dan berasa sedih bila tak boleh mendatanginya di waktu-waktu solat berjemaah dan ketika majlis diadakan.
.
.
4. Dua Orang Yang Saling Mencintai Kerana Allah سبحانه وتعالى, Berkumpul Dan Berpisah Kerana Allah سبحانه وتعالى.

Tingkatan hubungan keimanan tertinggi adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah. Bila dua orang saling mencintai kerana masing-masing selalu menjaga kecintaannya pada Allah سبحانه وتعالى, bertemu dalam rangka mengingat Allah سبحانه وتعالى dan berpisah dengan tetap dalam zikir pada Allah سبحانه وتعالى maka keduanya akan selamat di hari kiamat.
.
.
5. Seorang Lelaki Yang Diajak Berzina Oleh Seorang Perempuan Kaya Dan Cantik Tetapi Ia Menolak Dan Berkata, “Aku Takut Pada Allah سبحانه وتعالى.

Sebagaimana kisah nabi Yusuf a.s. yang digoda oleh Zulaikha, keduanya saling cenderung sehingga jika bukan kerana petanda dari Allah سبحانه وتعالى, maka keduanya akan melakukan maksiat sehingga Yusuf a.s. berkata, “Ya Allah! Lebih baik hamba dipenjara daripada melakukan maksiat kepadamu.” Suatu peristiwa yang mungkin pada masa ini sangat jarang berlaku dan sukar ditemui.
.
.
6. Seseorang Yang Bersedekah Dengan Sembunyi-Sembunyi Sehingga Tangan Kiri Tidak Tahu Apa Yang Diberikan Oleh Tangan Kanan.

Amal yang disertai dengan sepenuh keikhlasan adalah salah satu syarat diterimanya amal kebajikan oleh Allah سبحانه وتعالى. Keikhlasan adalah perkara yang sukar dan oleh kerana itulah hanya orang-orang yang ikhlas sahaja yang tidak akan dipesongkan dan disesatkan oleh syaitan laknatullah.
.
.
7. Seseorang Yang Berzikir Kepada Allah Dalam Kesunyian Sehingga Menitiskan Air Mata.

Zikir bagi orang beriman ibarat nafas bagi setiap makhluk yang hidup. Ketika seseorang tidak leka dan terlepas daripada zikir sama ada di waktu siang mahupun di malam hari, maka ia seolah-olah makhluk hidup yang sentiasa boleh bernafas bebas. Mengingati Allah سبحانه وتعالى sehingga menitiskan air mata adalah sesuatu yang amat sukar, kecuali bagi insan-insan yang hatinya telah lembut oleh hidayah Allah سبحانه وتعالى. Sebagaimana ciri orang beriman, ketika mendengar kalimat Allah سبحانه وتعالى, maka bergetarlah hatinya dan ketika mendengar Al-Quran dan maka bertambah teballah keimanan mereka.
.
Sebagai seorang hamba yang masih dipinjamkan hayat di dunia ini. Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dan hikmah dari huraian hadis di atas. Dan diharapkan semoga kita termasuk dan menjadi salah seorang daripada 7 golongan yang mendapat naunganAllah سبحانه وتعالى di Hari Qiamat kelak, kerana hanya dengan naungan Allah سبحانه وتعالى sahaja yang kita dambakan dan boleh selamatkan diri kita daripada kepedihan hari pembalasan.

Aamiiin Yaa Robbil Alamiiin!

.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan