Allahuakbar !!! Lelaki Ini Peluk Islam di Hujung Hayatnya.. Sesungguhnya Hidayah itu Milik Allah!! - La iye Ker

Hot





Mac 29, 2017

Allahuakbar !!! Lelaki Ini Peluk Islam di Hujung Hayatnya.. Sesungguhnya Hidayah itu Milik Allah!!



Allahyarham Azyet Joplin, 18. - Foto Ihsan Pembaca

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

Kuala Nerang: Remaja lelaki berusia 18 tahun sempat memeluk Islam sebelum meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kampung Perik di sini, hari ini, apabila orang ramai mengajarnya mengucap dua kalimah pada detik terakhir kematiannya.

Dalam kejadian 11 pagi itu, Azyet Joplin berasal dari Kota Marudu, Sabah, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun bapanya namun sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok.


Bapanya yang sudah lapan tahun memeluk Islam, Abdul Aziz Abdullah, 39, berkata anaknya itu baru empat bulan tinggal bersamanya di Mukim Kurong Hitam di sini, kerana sebelum ini tinggal bersama keluarganya di Kota Marudu, Sabah.

"Arwah sebelum ini tinggal bersama ibu saya di sana namun empat bulan lalu, dia datang dan menetap bersama saya di sini.


"Tengah hari tadi, sepatutnya kami akan ke pejabat agama untuk urusan dia memeluk Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, anaknya itu sudah menyatakan kesediaannya memeluk Islam dan hasratnya itu tertunai sebelum dia meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan kejadian dan menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan