-->

Mac 14, 2017

Duta Tetap Korea Utara Di PBB NAFI Lelaki Dibunuh Adalah Kim Jong Nam

Duta Tetap Korea Utara Di PBB NAFI Lelaki Dibunuh Adalah Kim Jong Nam,ok!: Duta Tetap Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menafikan lelaki yang dibunuh di Malaysia adalah Kim Jong Nam iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Duta Tetap Korea Utara Di PBB NAFI Lelaki Dibunuh Adalah Kim Jong Nam,

Kim In Ryong mendakwa bahawa kes pembunuhan berkenaan dirancang oleh Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan bagi menjatuhkan imej Korea Utara.
Memetik laporan portal Xinhua, In Ryong membuat dakwaan berkenaan ketika menjawab soalan mengenai kes pembunuhan Kim Jong Nam dalam satu sidang akhbar di PBB.

Ujar beliau, kes pembunuhan itu adalah merupakan sebahagian rancangan AS bagi mencetuskan perang nuklear ke atas Korea Utara.

Dalam masa yang sama, In Ryong mempersoalkan mengenai senjata kimia yang digunakan dalam pembunuhan terbabit yang mana katanya ia merupakan senjata yang diharamkan dan hanya AS yang menyimpan bekalan senjata berkenaan.

Bagaimanapun,  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Astro AWANI enggan mengulas dakwaan berkenaan.

sumber
http://ift.tt/2mmcjpB

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!