-->

Mac 07, 2017

Eksklusif: Kedutaan Malaysia di Korea Utara Aktifkan Protokol Kecemasan

Eksklusif: Kedutaan Malaysia di Korea Utara Aktifkan Protokol Kecemasan,ok!: Kedutaan Malaysia di Korea Utara dilaporkan dalam keadaan tegang berikutan berita bahawa duta Malaysia telah diusir.

Eksklusif: Kedutaan Malaysia di Korea Utara Aktifkan Protokol Kecemasan

Menurut The Star yang memetik laporan daripada media Cina mengatakan, “prosedur kecemasan” telah diaktifkan segera selepas pengumuman itu, dengan pekerja dilihat membakar dokumen dan memuatkan bagasi ke dalam kenderaan.

Pyongyang berkata semalam bahawa Mohamad Nizan mesti meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.

Bagaimanapun, duta itu telah meninggalkan Korea Utara dan kembali ke Malaysia pada 22 Februari.

Berikutan pengumuman lanjut hari ini bahawa semua rakyat Malaysia telah dilarang daripada meninggalkan negara komunis tersebut, China CCTV 13 melaporkan bahawa bendera Malaysia dan Asean di perkarangan kedutaan telah diturunkan kepada separuh tiang, dan tiga buah kenderaan telah meninggalkan premis itu.

Pada masa ini terdapat 11 rakyat Malaysia di Korea Utara, sembilan daripada mereka adalah kakitangan kedutaan dan dua yang merupakan sebahagian daripada Program Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!