Kad Jemputan Bertakhtakan Batu Berlian Swarovski Nabila & Sharnaaz Tarik Perhatian Peminat - La iye Ker

Hot





Mac 14, 2017

Kad Jemputan Bertakhtakan Batu Berlian Swarovski Nabila & Sharnaaz Tarik Perhatian Peminat

Kad Jemputan Bertakhtakan Batu Berlian Swarovski Nabila & Sharnaaz Tarik Perhatian Peminat,ok!: Jika tahun lalu Neelofa meraikan hari jadinya dengan kek bertatah kristal Swarovski bernilai RM6,000, kini giliran kakaknya pula, Noor Nabila. Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila telah memuat naik kad jemputan hari perkahwinannya yang juga bertatahkan batu Swarovski.

Kad Jemputan Bertakhtakan Batu Berlian Swarovski Nabila & Sharnaaz Tarik Perhatian Peminat

Kad jemputan yang kelihatan sangat ekslusif itu telah menarik perhatian orang ramai yang memuji kecantikan kad tersebut. Malah ada juga yang mendoakan jodoh pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat, selain mencemburui kad jemputan perkahwinan yang mewah itu.

Kad Jemputan Bertakhtakan Batu Berlian Swarovski Nabila & Sharnaaz Tarik Perhatian Peminat

Untuk pengetahuan, pasangan ini telah bercinta selama dua tahun. Kemudian sekitar Disember lalu, Sharnaaz Ahmad telah menghantar rombongan merisik ke kediaman Nabila. Manakala 31 Mac ini bakal menyaksikan sebuah lagi perkahwinan selebriti yang tidak kurang hebatnya.

Kalau kad jemputan pun sudah mewah, apatah lagi hari perkahwinan nanti. Pasti ramai yang tidak sabar melihat Sharnaaz dan Nabila naik ke jinjang pelamin, pasti gah dan meriah majlis itu nanti. Apapun semoga segala persiapan dan perancangan yang dilakukan berjalan dengan lancar.

sumber
http://ift.tt/2mUrp9S

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan