Cari Blog Ini




Kerajaan Akan Bawa Pulang 11 Rakyat Malaysia

Kerajaan Akan Bawa Pulang 11 Rakyat Malaysia,ok!: Malaysia akan bertindak berdasarkan Konvensyen Geneva bagi membawa keluar rakyat negara ini dari Korea Utara yang ketika ini dihalang meninggalkan republik komunis berkenaan, kata Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan Akan Bawa Pulang 11 Rakyat Malaysia
Kim Jong-Un

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, ia berikutan tindakan Pyongyang yang melanggar tata susila antara negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan menyekat rakyat Malaysia keluar dari negara terbabit.

“Kita akan menggunakan saluran itu untuk memastikan rakyat Malaysia keluar dari Korea Utara,” tegas beliau pada sidang media di Parlimen di sini, sebentar tadi.

Hubungan Kuala Lumpur-Pyongyang tegang berikutan pembunuhan adik tiri pemimpin utama negara komunis itu baru-baru ini.

Korea Utara cuba mencampuri masuk campur siasatan pembunuhan berkenaan selain mengganggu kelancaran pihak berkuasa menyelesaikan kes itu.

Sementara itu, sumber memaklumkan pegawai yang masih berada di Kedutaan Malaysia di Korea Utara ialah Kaunselor Mohd Nor Azrin Md. Zain, Setiausaha Kedua Mohamad Razak Sabtu dan Pembantu Peribadi Duta Noor Saaidah Jamaludin.

AFP pagi tadi melaporkan, Pyongyang melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara komunis berkenaan.

Sumber
Harian Metro

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan