Kerajaan Pertimbang Serah Mayat Kim Jong Nam Untuk Bebaskan 9 Rakyat Malaysia - La iye Ker

Hot





Mac 16, 2017

Kerajaan Pertimbang Serah Mayat Kim Jong Nam Untuk Bebaskan 9 Rakyat Malaysia

Kerajaan Pertimbang Serah Mayat Kim Jong Nam Untuk Bebaskan 9 Rakyat Malaysia,ok!: Kerajaan Malaysia tidak menolak kemungkinan menyerahkan mayat Kim Jong-nam kepada Korea Utara sebagai pertukaran bagi membolehkan sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu pulang ke tanah air.

Kerajaan Pertimbang Serah Mayat Kim Jong Nam Untuk Bebaskan 9 Rakyat Malaysia

Ditanya sama ada Malaysia akan mempertimbangkan langkah itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab: "Kita sedang mengkaji semua kemungkinan."

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tegang susulan pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan memuncak selepas Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol diisytiharkan sebagai 'persona non grata'.

Sebagai tindak balas, Korea Utara pada 7 Mac lalu melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Malaysia kemudiannya melakukan larangan yang sama terhadap rakyat Korea Utara di negara ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyelar Korea Utara yang mendakwa mayat berkenaan bukan Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

"Ketua Polis Negara telah mengesahkan bahawa mayat dikenal pasti sebagai Kim Jong-nam berdasarkan sampel DNA salah seorang anaknya.

"Prosedur dan forensik telah dipatuhi. Saya ingin menyatakan bahawa mayat itu adalah Kim Jong-nam," katanya tanpa mengulas mengenai bagaimana sampel DNA berkenaan diperoleh.

Ambil DNA Anak Kim Jong Nam di lokasi Rahsia

Pengesahan identiti Kim Jong-nam dibuat menerusi sampel DNA anak lelakinya yang diambil di satu lokasi rahsia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sampel itu diperoleh mengikut prosedur forensik yang dilakukan oleh pihak kerajaan di luar negara, namun enggan mendedahkan lokasi negara itu.

sumber
http://ift.tt/2nEfg5P

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan