-->

Mac 17, 2017

Pembunuhan Sosilwati, Tali Gantung TETAP Menantimu

Pembunuhan Sosilwati, Tali Gantung TETAP Menantimu,ok!: Bekas peguam N Pathmanabhan bersama dua lagi pekerja ladang akhirnya ke tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan mereka bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga pembantunya tujuh tahun lalu.

Pembunuhan Sosilwati, Tali Gantung TETAP Menantimu

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Hakim Zakaria sebulat suara menolak rayuan Pathmanabhan, 46, dan pekerjanya Thilaiyalagan, 24, dan R Kathavarayan, 36, yang telah disabitkan bersalah dan mengekalkan sabitan yang dibuat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.

Panel yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim bagaimanapun melepas dan membebaskan tertuduh ketiga iaitu R. Matan, 25, daripada sabitan dan hukuman kerana kekurangan bukti.

Pada 23 Mei 2013 mereka dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas disabitkan bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pada 4 Disember 2015, Pathmanabhan, Matan, Thilaiyalagan dan Kathavarayan kalah dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting pada 30 Ogos 2010.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, bertindak bagi pihak pendakwaan.

Peguam Manjeet Singh Dhillon mewakali Pathmanabhan; peguam T. Vijayandran bagi Kathavarayan, manakala peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Matan; selain peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Gurbachan Singh mewakili Thilaiyalagan.

sumber
http://ift.tt/2mTcgoy

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!