-->

Mac 07, 2017

Rakyat Korea Utara Dilarang Tinggalkan Malaysia

Rakyat Korea Utara Dilarang Tinggalkan Malaysia,ok!: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengeluarkan arahan serta-merta menghalang kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk keluar daripada negara ini.

Rakyat Korea Utara Dilarang Tinggalkan Malaysia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KDN berkata keputusan itu sebagai tindak balas kepada tindakan Korea Utara yang mengahalang rakyat Malaysia keluar daripada negaranya.

"Sebagai tindak balas terhadap arahan yang dikeluarkan Kementerian Luar DPRK, KDN melalui JIM telah mengeluarkan arahan serta-merta bahawa tidak ada mana-mana pegawai atau kakitangan yang berada di kedutaan DPRK yang dibenarkan untuk keluar daripada negara ini.

"Kuat kuasa ini adalah merupakan arahan serta merta kepada semua pintu-pintu keluar JIM di seluruh negara.

"Kita tidak berhasrat untuk melakukan tindak balas tetapi ini yang harus dilakukan apabila negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melakukan tindakan diluar daripada tatasusilaan dan kelaziman diplomatik dan Malaysia terpaksa mengambil tindakan yang sama kerana mereka telah memanipulasikan apa yang dipanggil sebagai kes pembunuhan yang dilakukan di KLIA2," katanya dalam sidang media tergempar hari ini.

via
Astro Awani

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!