Suami Isteri Maut Dipanah Petir - La iye Ker

Hot





Mac 13, 2017

Suami Isteri Maut Dipanah Petir

Suami Isteri Maut Dipanah Petir,ok!: Sepasang suami isteri maut dipercayai dipanah petir di taman permainan Jalan Kenari, Puchong semalam.

Suami Isteri Maut Dipanah Petir

Pemangku Ketua Polis Serdang Supt Lee Wai Leong berkata Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, ditemui terbaring oleh orang awam pada kira-kira 6 petang.

“Kedua-dua mangsa dikatakan sedang berjoging di taman permainan itu. Pihak polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai pasangan suami isteri yang dipanah petir.

“Seorang daripada mangsa mempunyai kesan darah di kepala dipercayai akibat terjatuh selepas dipanah petir,” katanya kepada wartawan Bernama.

Kedua-dua mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. — Bernama

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan