-->

Mac 14, 2017

Video & Gambar Remaja Wanita Mabuk Pandu Gen 2 Biru Melawan Arus Mengakibatkan Kemalangan Maut

Video & Gambar Remaja Wanita Mabuk Pandu Gen 2 Biru Melawan Arus Mengakibatkan Kemalangan Maut,ok!: Viral di Facebook satu kemalangan maut apabila sebuah Proton Gen 2 dipandu ramaja wanita melawan arus hingga mengakibatkan kemalangan maut dan membabitkan beberapa kenderaan lain.

Video & Gambar Remaja Wanita Mabuk Pandu Gen 2 Biru Melawan Arus Mengakibatkan Kemalangan Maut

Video tersebut dirakam berlaku pagi tadi sekitar jam 8 pagi di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan dari Permatang Pauh menghala Kepala Batas, Pulau Pinang.

Video & Gambar Remaja Wanita Mabuk Pandu Gen 2 Biru Melawan Arus Mengakibatkan Kemalangan Maut

Proton Gen 2 tersebut yang dipercayai dipandu oleh seorang remaja wanita telah dirakam menggunakan laluan bertentangan pada waktu jalan tersebut agak sibuk dengan kenderaan bertali arus.

Video & Gambar Remaja Wanita Mabuk Pandu Gen 2 Biru Melawan Arus Mengakibatkan Kemalangan Maut

Sudah pastinya kenderaan yang berada di hadapan tidak menyangka Gen 2 ini akan muncul dan menyebabkan kemalangan membabitkan empat kenderaan lain termasuk sebuah van kilang dan Proton Preve.

Proton Gen 2 terbabit remuk teruk di bahagian hadapan dan belakang. Malah kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan tersebut juga mengalami kerosakan teruk.

Video & Gambar Remaja Wanita Mabuk Pandu Gen 2 Biru Melawan Arus Mengakibatkan Kemalangan Maut
Video & Gambar Remaja Wanita Mabuk Pandu Gen 2 Biru Melawan Arus Mengakibatkan Kemalangan Maut

Walau bagaimana pun Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai sehingga menyebabkan satu kematian.

Beliau turut mengesahkan, kemalangan terbabit turut menyebabkan Mohamad Fandi Rosli iaitu pemandu Perodua Kelisa terkorban di tempat kejadian, manakala isterinya yang sedang mengandung mengalami kecederaan parah. Pasangan tersebut dilaporkan baru berkahwin 3 bulan.

Video & Gambar Remaja Wanita Mabuk Pandu Gen 2 Biru Melawan Arus Mengakibatkan Kemalangan Maut

Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.

“Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

Video & Gambar Remaja Wanita Mabuk Pandu Gen 2 Biru Melawan Arus Mengakibatkan Kemalangan Maut
Video & Gambar Remaja Wanita Mabuk Pandu Gen 2 Biru Melawan Arus Mengakibatkan Kemalangan Maut

“Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang,” kata Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Video 1

Video 2


sumber
http://ift.tt/2nzLtLt

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!