Jom Cantik Tanpa Bahan Kimia Dengan Hanya Menggunakan Satu Bahan Murah Ini - La iye Ker

Hot





April 01, 2017

Jom Cantik Tanpa Bahan Kimia Dengan Hanya Menggunakan Satu Bahan Murah Ini







Tahu kah anda bahan semulajadi seperti beras mampu menjadikan kulit wajah cantik berseri dan halus seperti bayi. Petua yang akan kami berikan ini mampu mengecilkan pori, mengurangkan minyak dan melembapkan kulit. Beras juga terbukti sebagai penyedut terbaik untuk segala kekotoran.

Bahan-bahan:

Sekotak susu penuh krim
Secawan beras

Cara-cara penyediaan:

1. Rendamkan susu dan beras semalaman. Letakkan dalam peti sejuk supaya beras menjadi lembut dan mudah untuk ditumbuk.

2. Tumbukkan sehingga menjadi halus.

3. Apabila beras sudah halus, masukkan di dalam bekas bertutup dan simpankan dalam peti sejuk.

4. Ratakan pada muka sebelum tidur. Tunggu sehingga kering barulah dibilas dengan bersih.

Let's cantik tanpa kesan kimia.

Kredit: Amy Hamid dan Abang Terlajak Laris


Tiada ulasan:

Catat Ulasan