-->

April 08, 2017

KENYATAAN JABATAN KESIHATAN NEGERI (JKN) KEDAH ISU ADUAN KE ATAS KLINIK KESIHATAN BUKIT SELAMBAU DAERAH KUALA MUDA YANG DITULAR MELALUI MEDIA SOSIAL PADA 6 ARIL 2017

KENYATAAN JABATAN KESIHATAN NEGERI (JKN) KEDAH ISU ADUAN KE ATAS KLINIK KESIHATAN BUKIT SELAMBAU DAERAH KUALA MUDA YANG DITULAR MELALUI MEDIA SOSIAL PADA 6 ARIL 2017,ok!:

KENYATAAN JABATAN KESIHATAN NEGERI (JKN) KEDAH ISU ADUAN KE ATAS KLINIK KESIHATAN BUKIT SELAMBAU DAERAH KUALA MUDA YANG DITULAR MELALUI MEDIA SOSIAL PADA 6 ARIL 2017

JKN Kedah ingin mengesahkan tentang kejadian yang ditularkan berlaku  di klinik kesihatan Bukit Selambau Daerah Kuala Muda.

Siasatan mendapati lebih kurang jam 2.00 petang; 6/4/17, pengadu telah membawa kawannya ke klinik berkenaan. Pesakit telah didaftar pada jam lebih kurang 2.05 petang. Kad pesakit dihantar ke bilik Penolong Pegawai Perubatan Unit Pesakit Luar.

Lebih kurang jam 2.15ptg pesakit diberi rawatan awal  luka ibu jari kaki kiri pesakit dan juga suntikan oleh Jururawat Kesihatan sebelum rawatan lanjut oleh PPP.

Pegawai Perubatan dimaklumkan oleh jururawat tentang kes dan mengarahkan untuk Penolong Pegawai Perubatan (PPP) memberi rawatan lanjut kepada pesakit kerana Pegawai Perubatan sedang menjalankan  imbasan (ultrasound) kes ibu mengandung dan perlu membuat rujukan kes oftalmologi ke hospital.

Jam 2.21 ptg, Penolong Pegawai Perubatan telah memberi rawatan lanjut kepada pesakit dan rawatan selesai lebih kurang jam 2.40 petang.

Rakan pesakit iaitu Pengadu telah merakam video pada pukul 2.23pm (waktu jam beliau) dan membuat bising dan mengugut staf yang ada dikaunter pendaftaran dengan ugutan akan menularkan video tersebut.

Pengadu turut menceroboh masuk ke semua bilik dan kaunter dengan rakaman video beliau serta bersuara secara agresif hingga menyebabkan staf tidak berani untuk menerangkan situasi klinik pada waktu itu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Secara amnya, rawatan sewajarnya telah diberikan dimana, pendaftaran pada 2.05ptg, diikuti rawatan awal oleh Jururawat Kesihatan pada 2.15ptg. Jururawat telah maklum kepada Pegawai Perubatan untuk memberi rawatan lanjutan kepada pesakit.

Memandangkan pegawai Perubatan sedang melakukan pemeriksaan imbasan (ultrasound) maka jururawat di minta untuk mendapat PPP untuk merawat.

PPP telah memberi rawatan pada jam 2.21 petang. Kes selesai rawatan jam 2.40ptg.

Sekali lagi ditegaskan bahawa tiada berlaku kelewatan dalam memberi rawatan kepada pesakit.  Pihak Jabatan melalui Klinik-klinik kesihatan ada menyatakan dalam piagam pelanggan dengan jelas bahawa masa menunggu bagi kes baru ialah 60 minit.

Pihak jabatan kesal ianya ditularkan dan juga tindakan pengadu mengugut dan menceroboh ke dalam bilik-bilik rawatan adalah turut dikesali.

Di klinik-klinik kesihatan terdapat pelbagai skim perkhidmatan termasuk pihak syarikat yang menyediakan khidmat pembersihan klinik. Setiap staff mempunyai tugas masing-masing.

Dalam kes ini, pihak klinik telah menerangkan kepada pengadu keadaan bilangan staff iaitu pegawai perubatan dan ppp yang bertugas pada hari tersebut. Pengadu juga dinasihatkan untuk menyalurkan sebarang aduan melalui salyran yang disediakan tetapi beliau bertegas untuk merakam video dan menularkannya.

Warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sentiasa berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Namun pihak kami memerlukan kerjasama pesakit serta klien untuk sama-sama dalam memastikan rawatan dapat diberi dengan sebaik mungkin.

Untuk makluman Klinik Kesihatan Bukit Selambau dikendalikan tiga (3) orang PPP dan 3 Pegawai Perubatan.namun pada hari kejadian hanya terdapat 1 orang PPP kerana 1 seorang bercuti dan seorang ke kursus
Manakala itu Klinik ini mempunyai 3 (tiga) orang pegawai perubatan namun seorang ke kursus dan seorang bermesyuarat di Pejabat Kesihatan

Harus diingatkan PPP dan Pegawai Perubatan juga perlu menghadiri kursus2 teknikal untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

Jabatan ini ingin menasihatkan agar sekuranya terdapat sebarang aduan atau ketidakpuasan hati, silalah lakukannya melalui saluran yang disediakan. Penularan video sebegini seharusnya dihentikan kerana ianya menganggu petugas petugas serta penjawat awam untuk melaksanakan tugas.

Sekian, terima kasih

DATO'DR NORHIZAN BIN ISMAIL
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah
8 April 2017
3.10pm

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!