-->

April 28, 2017

Lelaki ini Kongsi Betapa Ajaibnya solat Dhuha, Jualan jadi Laris Pelik Padahal Jual Benda yang Sama !!




Sesungguhnya solat Dhuha mempunyai fadhilat yang sangat besar. Jika dirasakan rezeki sempit, susah nak datang, amalkanlah Dhuha. InsyaAllah segalanya dipermudahkan Allah.

 "The power of Dhuha.

Sebelum tu. Aku nak minta maaf. Post ni bukan bertujuan untuk menunjuk ke riak ke apa. Tapi lebih kepada sharing. Supaya korang pun dapat manfaat.

Harini. Entah kenapa tiba2. Rasa nak buat solat Dhuha. Sebelum ni memang liat. Boleh kira la dengan jari berapa kali buat.

So lepas solat tu. Berdoa la macam biasa. Tapi kalini lebih spesifik. Aku doa mcm ni " Ya Allah. Kau murahkan rezeki ku. Kau habiskanlah jualan aiskrim ku pada petang ni juga"

So petang tu menjual la mcm biasa. Senyum2 sikit kat orang lalu lalang. Tegur2 customer yang dah pernah beli sebelum ni. Borak2 dengan parents yang tengah tunggu nak jemput anak.

KRINGG! loceng sekolah pun bunyi. Tanda waktu sekolah dah habis. So time ni aku dah ready dah utk handle budak2.

Zap zup zap. Tengok jam dah pukul 7. TAPI aiskrim dah habis dah jual. Selalunya pukul 7.30 masih ada baki lagi 20-30 batang.

Balik2 bila tengah basuh2 thermos. Baru teringat. "Oh agaknya aku buat solat Dhuha pagi tadi kot. So Allah makbulkan doa aku"




Alhamdulillah. Betul la apa yang dikata. Solat Dhuha ni banyak kebaikannya. Pembuka rezeki. Tenangkan jiwa.

Apa pun rezeki ni bukannya duit je. Sihat tubuh badan pun rezeki. Makan sedap pun rezeki. Anak ramai pun rezeki (bajet mcm dah kawin je). Haha. So korang mana yang dapat peluang buat solat Dhuha tu. Cuba la buat. Tak dapat setiap hari. Seminggu 3-4 kali pun ok. Lama2 cuba buat setiap hari.

Nak berdoa pun. Cuba doa yang spesifik sikit. Jangan general sangat. Selalunya doa general ni. Sebab malas doa panjang2. Haha.

Lepasni nak doa macam ni pulak

YaAllah. Kau lembutkan hati orang sekeliling ku agar mereka mahu mencuba apa jua yang aku jual. 😉
 Salam satay cawan."
Perkongsian berguna dari Ikhwan Jaffri



APA ITU SOLAT DHUHA?

Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 27 minit selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari. Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat.

Banyak hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya:
 “Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 OHMEDIA : AMALKANLAH DHUHA. ANDA AKAN NAMPAK KESANNYA. INSYAALLAH