-->

April 16, 2017

Samsung Galaxy S8 Bersalut Platinum Dan Emas Ditawarkan Pada Harga Mencecah RM10000



Samsung Galaxy S8 dan S8+ akan mula dijual di Malaysia 5 Mei hadapan. Peranti ini mempunyai kombinasi kemasan logam dan kaca yang premium. Tetapi bagi mereka yang mahukan kemasan lebih premium, kedua-dua peranti ini kini ditawarkan dengan kemasan emas, emas merah jambu dan platinum.



Model lebih premium ini dihasilkan oleh Truly Exquisite sebuah syarikat dari United Kingdom. Versi yang dijual diperkasakan pemproses Exynos 8895 dan storan 64 Gigabyte. Harga jualan bermula dari £2250 (~RM 9930) untuk Galaxy S8 dengan kemasan emas dan meningkat ke £2400 (~RM 10600) untuk Galaxy S8+ dengan kemasan emas merah jambu.


SUMBER RUJUKAN: TRULY EXQUISITE