-->

Mei 03, 2017

Pelajar Maut Setelah Dipaksa Rakan MINUM Racun

Pelajar Maut Setelah Dipaksa Rakan MINUM Racun,ok!: Seorang pelajar Tingkatan Tiga yang dipercayai dipaksa minum racun serangga oleh sekumpulan pelajar lain minggu lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), malam tadi.

Pelajar Maut Setelah Dipaksa Rakan MINUM Racun

S Pravin, 15, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTJ, pada jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Rabu di Nilai dekat sini minggu lalu, mangsa dikatakan dipaksa minum racun oleh kumpulan suspek yang memegang tangan serta kakinya selepas Pravin menegur perbuatan mereka menghidu gam.

Mangsa mengadu mengenai kejadian itu kepada ibunya dan mengadu sakit tekak serta perut pada keesokan hari.

Dia dihantar ke Klinik Kesihatan Nilai sebelum dirujuk ke HTJ untuk rawatan lanjut.

sumber
http://ift.tt/2p4xsG8?

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!