-->

Jun 01, 2017

CUBAAN MERAMPAS KAPAL TERBANG MAS MH128 DI MELBOURNE

CUBAAN MERAMPAS KAPAL TERBANG MAS MH128 DI MELBOURNE

Lapangan Terbang Melbourne ditutup, semua penerbangan pesawat dijadualkan semula manakala pesawat yang menuju ke situ diarah mendarat di lapangan terbang lain selepas seorang penumpang Malaysia Airlines (MAS) 'buat gila'.

CUBAAN MERAMPAS KAPAL TERBANG MAS MH128 DI MELBOURNE

Media antarabangsa sudah mulakan melaporkan 'breaking news' selepas pihak Australia memgambil pendekatan 'lockdown' lapangan terbang Melbourne.

Penumpang warga Sri Lanka itu hendak menceroboh kokpit MH128 yang baru berlepas daripada Melbourne ke Kuala Lumpur.

Lelaki tersebut didakwa cuba masuk ke arah kokpit dan mendakwa membawa bom.

Keadaan cemas tersebut memaksa juruterbang pesawat berpatah balik dan MH128 diasingkan sehingga pasukan keselamatan Australia menaiki pesawat dan menahan lelaki tersebut.

MAS dalam satu kenyataan memberitahu, pesawat MH128 yang berlepas kira-kira pukul 11.11 malam itu terpaksa berpatah balik sebaik sahaja kapten pesawat berkenaan menerima maklumat daripada anak kapal mengenai seorang penumpang yang cuba memasuki kokpit.

“Demi mengutamakan keselamatan penumpang, penerbangan tersebut berpatah balik dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne kira-kira pukul 11.41 malam ini.

“Pihak keselamatan dimaklumkan mengenai kejadian untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan yang dikeluarkann di sini  malam ini.

Pesawat MH128 itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 5.28 pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pesawat Malaysia Airlines MH128 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas penumpang yang menimbulkan kekecohan mendakwa membawa bom.

"Ia bukan cubaan merampas. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat. Penerbangan MH128 bukan dirampas, hanya penumpang mabuk cuba cetus kekecohan.

"Penumpang itu, warganegara Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Tetapi ia bukan bom, hanya powerbank," katanya kepada AFP.-1/6/2017

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!