Cari Blog Ini




Inilah Garisan Yang Memisahkan Siang Dan Malam Yg Berjaya Dirakam NASA

 Pihak pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah berjaya merakam gambar yang cukup mengagumkan, iaitu garisan lembut yang memisahkan siang dan malam. Gambar tersebut diambil oleh beberapa satelitnya yang berada tepat diatas Benua Afrika bahagian utara dan Eropah. Nampak lampu-lampu masih menyala di bahagian Bumi yang masih gelap.

Bahagian atas eropah barat, boleh nampak pulau UK dan Ireland.. bawah afrika nampak morocco.

Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh para saintis dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu, mereka berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam dibumi.
 Gambar ini pula memberikan gambaran yang menakjubkan tentang fenomena “bercampurnya” antara siang dan malam. Ada benang yang sangat tipis yang memisahkan malam dan siang di sempadan antara keduanya.

Perhatikan gambar di atas yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu.
----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan