Misi Menyelamat Pilot F16 US Di Bosnia - Part2 - La iye Ker

Hot





Ogos 13, 2017

Misi Menyelamat Pilot F16 US Di Bosnia - Part2

Misi Menyelamat Pilot F16 US Di Bosnia - Part2,ok!

Assalamualaikum
Filtration 2

Sesi penerangan disampaikan oleh Co. Segala kelengkapan telahpun disiapkan. Beza tugasan pada kali ini adalah untuk membantu meringankan beban tentera Uncle Sam.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kita yang ditugaskan? Sebelum ini banyak desas-desus mengatakan tentera mereka hebat.

Apakah mereka takut untuk keluarkan aset mereka. Apatah lagi apabila mendapat modus operandi yang mencabar.

Itulah persoalan yang bermain dalam minda pendekar. Yang jelas, pendekar sebenarnya adalah jauh lebih hebat daripada mereka.

Kerana ada TUGASAN YANG TIDAK MAMPU MEREKA LAKSANAKAN. Selepas mendengar apa yang Lt Co Uncle Sam katakan, semua pendekar rasa kembang hidung. Namun misi ini memerlukan pendekar memasuki jauh ke kawasan musuh.

Tentu tentera Uncle Sam kagum dengan keupayaan pendekar.

Pendekar bukan sahaja menjadi Quick Reaction Force (QRF) untuk Uncle Sam. Malah tentera Nato juga memerlukan khidmat pendekar. Seringkali pendekar diuji kemampuannya untuk menjadi sebuah pasukan khas yang disegani.

Dalam misi kali ini, pendekar harus memasuki kawasan musuh bertujuan menyelamatkan juruterbang pesawat Uncle Sam yang ditembak jatuh..

Tepat pada jam yang di janjikan. Langkah disusun diiringi doa dan salam dengan niat akan memberi salam semula.


Tun Mamat dan pendekar merempuh kepekatan malam. Mereka sememangnya terlatih untuk berjalan jauh (berlari). Bayangkan jika anda berlari berkilo meter dengan rakan karib, yang mana anda tidur sebantal dan makan sepinggan.

Apa yang akan anda fikir sewaktu itu? Adakah kematian yang anda fikirkan? Jika anda fikirkan tentang hal yang buruk akan berlaku, jelas ia tidak membantu.

Apa yang Tun Mamat dan semua pendekar fikirkan adalah kejayaan. Mereka hanya fikirkan mereka berjaya.

Sampai ke sebatang sungai, Tun Mamat mengarahkan mencari kayu atau apa pun yang mampu buatkan ia terapung. Tun Mamat mendapatkan sebatang kayu untuk berpaut. Google dan snorkel yang ada digunakan. Hari hampir siang. Mereka akan dikesan jika terlalu terdedah. Lalu mereka hanyut perlahan-lahan bersama batang kayu.

Dalam tazkirah Tun Mamat sebelumnya, sebenarnya ada meminta pendekar berpuasa. Mereka tidak boleh makan seperti biasa kerana berada di dalam air. Pun begitu, pendekar memang telah diajar bagaimana untuk makan dan minum di dalam air. Perkara wajib bagi setiap pendekar agar tahu.

Tun Mamat sendiri mengakui pernah bersama dalam latihan mereka. Selama 5 hari dan 5 malam berada di Laut Cina Selatan, berenang ke Pantai Mersing. Mereka sememangnya telah sedia dilatih begitu. Bagaimana mereka makan dan minum... (TJT).

Apabila menjelang Maghrib, mega-mega merah telahpun kelihatan di langit. Dengan lafaz bismillahirrohmanirrohim, Tun Mamat meneguk air sungai untuk berbuka puasa. Mereka masih berada di dalam sungai lagi.

Apabila hari telah pun gelap, mereka mula keluar dari dalam air. Tun Mamat mengarahkan untuk melihat perimeter. Setelah memastikan perimeter selamat, mereka membersihkan diri untuk beribadat sambil dikawal. Setelah selesai, mereka makan sambil bergilir-gilir mengawal.

Tun Mamat membuka peta. Mencari kedudukan terakhir pesawat. Tun Mamat mengunakan alat yang diberikan. Jika dilihat dari luarannya, alat terbabit kelihatan seperti sebuah iPhone yang besar. Atau bateri yang besar .

Dengan fungsi GPS serta infrared night vision, ia mampu mengesan haba. Ia perlu disambung ke suatu alat(kamera). Memang mengujakan pendekar pada masa tersebut. Canggih tu. Kedudukan pesawat akhirnya berjaya dikesan dan dikenal pasti.

Pendekar sedar, tentu unit SOF tentera zalim akan mencari juruterbang terbabit untuk dijadikan tebusan. Berkemungkinan pertempuran adalah hal yang tidak dapat dielakkan.

Juruterbang ditembak jatuh menggunakan sistem SAM yang dipasang sekitar gunung. Pesawat digunakan untuk mengebom kawasan strategik. Contohnya lokasi minyak, kerana ia mampu melengahkan pergerakan mereka. Daripada segi peralatan memang berpihak kepada Tun Mamat.

Tambahan pula, Tun Mamat membawa bersama Jonny, anjing peliharaannya. Haiwan yang dilatih untuk mengesan. Alatan yang dibekalkan memang banyak membantu. Tetapi kedudukannya harus pegun. Bukan sesuatu yang mobiliti. Gambar tidak kelihatan jika objek bergerak. Jauh berbeza dengan night vision yang diguna pakai sekarang.

Tun Mamat mengarahkan supaya peralatan disimpan. Pemendap bunyi digunakan. Sebenarnya masih lagi kedengaran bunyi tembakan bagi yang mampu memahami daripada mana dan bagaimana rifel tadi berfungsi. Satu klik dan satu klik.

Sambil anak mata menjeling kiri dan kanan. Tepat memandang sasaran. Mata tidak berkelip saat picu dicekah.

Melihat mangsa atau menjadi mangsa. Pada saat ini, anda tak fikir peluh jantan keluar. Bukan waktu untuk merasa bergigil atau terketar. Selangkah demi selangkah pendekar melangkah. Tun Mamat memberi isyarat tangan.

Posisi diambil untuk kedudukan menunggu daripada alat terbabit. Setelah meneliti keadaan cerun dan berbukit, Tun Mamat pasti mereka akan melalui kawasan terbabit. Spotted! 9 orang SOF tentera zalim dan 3 ekor anjing pengesan. Macam mana boleh tahu mereka SOF?

Tun Mamat menerangkan daripada formasi turutan ganjil dan… (TJT). Sesuatu team apabila berjalan tanpa unit sokongan, mereka adalah pasukan elit. Oleh kerana berdepan dengan pasukan elit, mereka juga dapat mengesan kehadiran Tun Mamat.

Buku bertemu ruas. Seni peperangan pasukan bertandang dan tuan rumah. Yang menjaga tanah air mereka. Tentu sekali bersemangat untuk mempertahankan negara mereka.

Satu peluru, satu musuh.
Bersambung..
Insyallah jika ada rezeki umur dan kesihatan. Sy akan terus berkongsi pengalaman yang tidak seberapa. Tidak hebat melainkan Allah.

#filtrationtunmamat2
#RespectMyPM


Sumber
SniperTunMamat

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan