Salleh Keruak - Utusan
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, laman sesawang, portal dan blog itu juga disekat kerana menyebarkan berita yang boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Selain itu, dari Januari 2016 hingga September tahun ini, sejumlah 67 kes menyebarkan berita palsu melibatkan media sosial telah disiasat. Sebanyak lima kes telah dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (BN - Tasek Gelugor) yang ingin tahu mengenai langkah proaktif kementerian memastikan kandungan berita di media sosial pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.