-->

Oktober 24, 2017

Tangan-Tangan Ghaib Inilah Arah Saya Ditangkap - Yusof Azmi

Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi yang didakwa hari ini kerana melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd pada jam 3.30 petang, 10 Julai lalu membuat kenyataan bahawanya penahanan beliau ada kaitan dengan 'arahan' dari tangan-tangan ghaib.


"Tangan-tangan ghaib inilah yang memang mengarahkan. Saya sepatutnya datang ke mahkamah setelah ada budi bicara, ...saya sepatutnya dihadapkan di mahkamah pada hari Jumaat ini," katanya kepada petugas media.

"Saya menerima panggilan pada hari Isnin, pada pukul 4 petang, sebelum Asar, tapi tiba-tiba seorang pegawai polis telah menghubungi saya balik, pada waktu maghrib mengatakan, saya harus datang ke balai esok kalau tidak saya akan ditangkap di office saya dan sebagainya.

 
Jadi perkara ini jadi peliklah bagi saya. Dan saya tidak mahu eh pada semua rakyat Malaysia supaya kena faham dan juga NGO-NGO diluar sana yang hari ini berjuang berhabis-habisan. Jangan disebabkan perkara ini berlaku kita putus semangat. Hari ini mungkin satu atau dua, tiga tangan ghaib ini, nak cuba menumpaskan kita"
 

Tapi hari ini berapa ramai kita tengok, sokongan daripada rakan media, sokongan daripada pengguna di Malaysia, rakan-rakan semboyan kita, daripada Negeri Pulau Pinang, Melaka, Perlis, dan Johor," katanya.
 

"Hari ini pemimpin-pemimpin kena tahu bahawanya rakyat ini harus dibela. Kalau hari ini rakyat tidak dibela siapa kita nak harapkan. Kalau rakyat yang cuba membela ditindas, kita rakan-rakan NGO yang nak membantu rakyat ditindas. Jadi saya rasa negara ini sudah korup. 

Saya minta kepada pucuk pimpinan supaya kaji semula apa yang berlaku hari ini adalah memalukan negara kita. Memalukan kepada pemimpin negara hari ini. Disebabkan satu atau dua tangan ghaib ini. Semua pemimpin dikecam," tambahnya lagi.

Yusof Azmi dibebaskan pagi tadi dengan ikat jamin sebanyak 5,000 dan sebutan semula kes pada 24 November akan datang. Di perkarangan Mahkamah Majistret Kajang juga dipenuhi penyokong-penyokong Yusof Azmi dan PPIM. - SoZPress.