-->

Oktober 08, 2017

"Terima Kasih Jatuhkan Saya Dan Buatkan Saya Lebih Terkenal, Berjaya Dan Kaya!" - Doktor Gigi Palsu.

Riak, tidak tahu malu dan berlagak!

Itulah kecaman yang diterima oleh Nur farahanis susulan tularnya rakaman video gadis berusia 20 tahun itu yang menjadi topik hangat di media sosial.


Dalam rakaman yang tersebar, Farahanis mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan menjatuhkan beliau kerana itu membuatkan dirinya menjadi semakin berjaya dan bertambah kaya.

Farahanis juga mengucapkan terima kasih kepada semua kerana membantu membuatkan dirinya lebih dikenali ramai.

"Oke, assalamualaikum, selamat pagi, alhamdullilah, semuanya selesai dengan jayanya, dengan baiknya, Nara pun rasa lega sangat-sangat, dan benda neh pun sudah diketengahkan. 

Jadi terima kasih pada yang sentiasa support, yang cuba menjatuhkan pun terima kasih sebab tanpa awak semua tanpa yang support, tanpa yang menjatuhkan, saya tidak akan kat di sini hari ini. Saya tidak akan berjaya", katanya dalam video yang tular itu.

"Dan, terima kasih dan terima kasih kepada semua-semua yang terlibat, kepada semua yang menjatuhkan tu terima kasih kerana membuatkan saya yang lebih dikenali.

Dan yang bertambah kaya dan berjaya. Alhamdullilah syukur, berkat doa mak bapak saya, yang sentiasa support saya.

Tanpa awak semua saya tiada kat sini, terima kasih," katanya lagi.

Nur Farahanis sebelum ini dilaporkan mengaku bersalah pada 29 September lepas kerana membuka klinik yang menawarkan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi ke atas pelanggan. Farahanis tidak memiliki kelayakan sebagai doktor pergigian dan hanya belajar memasang pendakap gigi menerusi Youtube.

Beliau kemudiannya dijatuhkan hukuman dengan denda sebanyak 70,000 bagaimanapun gagal membayar denda tersebut dan dipenjarakan selama 6 bulan. Bagaimanapun pada semalam beliau dibebaskan selepas dua NGO membuat kutipan bagi membayar denda tersebut lapor News Strait Times. 

Salah seorang NGO yang dinamakan dalam akhbar itu ialah PPIM dan itu membuatkan PPIM dikecam bertubi-tubi di laman sosial. - Sozcyili.