-->

Oktober 10, 2017

Zamihan Bidas Sultan Johor, Mufti Kerana Mengkritik Dobi Mesra Muslim.

Seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana membidas sebuah kedai dobi di negeri itu yang melarang pelanggan bukan Islam daripada menggunakan perkhidmatan dobi itu.


Selain mengkritik Sultan Johor, pegawai itu juga mengkritik orang melayu yang bersungguh mempersoalkan kewujudan kedai tersebut.

Dalam rakaman Youtube yang menggunakan akaun Online Majlis Ilmu, pegawai Jakim yang dikenali dengan nama Zamihan Mat Zin itu berkata isu dobi muslim adalah isu kecil yang diperbesar-besarkan. 

Menurut Zamihan lagi kewujudan dobi mesra muslim adalah bukti bahawanya orang Islam mementingkan nilai suci lagi menyucikan. Kerana pakaian digunakan untuk beribadat seperti bersolat dan membaca Alquran.


"Dobi mesra muslim. Benda kecik, benda kecik pun bising seluruh dunia tuan-tuan. Ada Sultan kata dobi mesra muslim tak patut ada di negeri beta. Ini bukan negara Taliban. Tak patut Tuanku Sultan cakap macam tu".

“Pakaian kita untuk kita buat ibadat, nak buat sembahyang, nak buat baca Quran, nak buat tawaf, nak buat Haji… mana boleh berlumur dengan pakaian bukan Islam".

“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka, sinomin dengan mereka bukan kita nak prejudis”.

"Arak, babi, anjing sinonim dengan mereka. Kalau mereka nak masuk dobi, masuk dobi biasalahnya. Benda neh takde dalam pelajaran orang cina mereka, takde dalam pelajaran orang Kristian, Buddha tapi ada pelajarannya dalam Islam," katanya dalam rakaman tersebut.

Selain Sultan Johor, Zamihan yang juga Presiden ASWAJA turut mengkritik pendirian Mufti Wilayah dan Mufti Perlis berhubung isu dobi mesra muslim.

"Masalahnya bila Tuanku Sultan sebagai ketua agama komen benda neh jadi besar masalah. Masalah ini dibawa oleh The Star. Kita tahu The Star tu agen-agen liberalisma. Orang cemburu tentang keislaman kita.

"Begitu juga dengan dua orang mufti yang komen benda neh. Mufti Wilayah, Mufti Perlis. Komen benda neh. Tak patut dobi mesra muslim ada di Malaysia. Habis nak ada di mana? Nak ada di mana, mufti? Cerdik tak mufti komen macam tu? Mufti tidak menyokong dobi mesra muslim? Dalam masa yang sama mufti sokong dobi mesra kafir. Cerdik tak cerdik?," katanya lagi dalam rakaman itu. - SoZPress.