-->

Oktober 11, 2017

Zamihan Ditahan Polis, Disiasat Dibawah Akta Hasutan..

Polis menahan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini lapor Utusan Online sebentar tadi. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, Zamihan ditahan kira-kira pukul 3.50 petang selepas memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang didakwa mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu ceramah di Shah Alam, Ahad lalu. 


“Kita turut merampas telefon bimbit miliknya dan beliau ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi. 

Pada semalam klip video ceramah Zamihan menjadi tular di laman sosial kerana mengecam pihak-pihak yang memperbesarkan isu dobi mesra muslim. Zamihan juga dalam ceramah berkenaan menyelar tindakan sesetengah pihak termasuklah Sultan Johor dan Mufti Perlis kerana mengkritik tindakan pemilik dobi mesra muslim. 

"Dobi mesra muslim. Benda kecik, benda kecik pun bising seluruh dunia tuan-tuan. Ada Sultan kata dobi mesra muslim tak patut ada di negeri beta. Ini bukan negara Taliban. Tak patut Tuanku Sultan cakap macam tu".

“Pakaian kita untuk kita buat ibadat, nak buat sembahyang, nak buat baca Quran, nak buat tawaf, nak buat Haji… mana boleh berlumur dengan pakaian bukan Islam".

“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka, sinomin dengan mereka bukan kita nak prejudis”.

"Arak, babi, anjing sinonim dengan mereka. Kalau mereka nak masuk dobi, masuk dobi biasalahnya. Benda neh takde dalam pelajaran orang cina mereka, takde dalam pelajaran orang Kristian, Buddha tapi ada pelajarannya dalam Islam," katanya dalam video itu yang boleh diakses secara terbuka menerusi Youtube. - SoZPress.