-->

November 12, 2017

Angkara Taksub Dengan Kecantikan, Buah Pinggang Jadi Mangsa.

Taksub dengan kecantikan luaran; tak sedar organ dalaman jadi bahana.
Umur baru 48 tahun. 
Seorang ibu & isteri. Kencing Manis dah 5 tahun. Tak tahu lah mengapa, memang beliau suka mencantikkan diri. Tidak pernah keluar rumah tanpa mekap 5 inci. Yang itu tak apa, tapi tambahan dari itu, beliau selalu ke Pusat kecantikan untuk membeli pelbagai produk untuk di makan. Saya tanya kenapa beliau buat begitu; katanya “tengok yang menjual tu lawa, jadi saya rasa betul lah produk-produk itu elok!”

MasyaAllah saya dah lihat ramai yang tertipu. Orang yang menjual tu saya rasa memang dah lawa; tak ambik pun produk-produk tersebut. Selalu mereka ambil duta pun yang lawa, putih melepak saja. Ini namanya marketing.
Tak pasal-pasal buah pinggang Kakak ini rosak dan perlu memulakan rawatan Dialisis untuk selama-lamanya. Bacaan creatinine sampai 1200 umol/L sekarang; normal ~ bawah 100 sahaja. Buah Pinggang rosak dengan kadar sangat cepat daripada yang sepatutnya.
Fahami lah:
1. Jika anda ada Kencing Manis, buah pinggang anda memang perlu bekerja keras untuk menangani keadaan badan yang “pekat” dengan bacaan gula yang tinggi itu. Kalau Kencing Manis anda tinggi dan tidak terkawal, itulah sebabnya buah pinggang rosak. BUKAN sebab ubat Hospital/klinik ya; yang ini tak betul. Tidak ada Doktor yang nak merosakkan organ anda. Bincang betul-betul dengan Doktor dan pasukan yang menjaga Kencing Manis anda. Jangan sekali-kali tinggalkan ubat.
2. Lihat gambarajah sistem buah pinggang dalam badan kita. Semua produk-produk yang anda makan akan diserap oleh usus. Ianya akan dicernakan di hati atau buah pinggang. Ia masuk ke dalam buah pinggang dengan saluran arteri (merah), masuk ke dalam kilang penapis di dalam buah pinggang.
Bahan-bahan tambahan akan masuk dan merosakkan kilang penapis. Kerosakan ini bila kronik, maaf lah ya; ia tidak akan kembali pulih. Sebab itu kami memberitahu tidak boleh baik.
Jadi saya nak ingat kan sekali lagi, jangan bagi buah pinggang rosak. Jaga lah fungsinya baik-baik. Jangan sekali-kali “menyusahkan” atau membuat buah pinggang bekerja lebih masa dengan macam-macam produk anda ambil itu.
Terima lah pemberian Allah swt seadanya. Nak tinggi, nak putih, nak flawess kenapa? Untuk apa? Collagen, Qu Kuning, P***** tak akan jalan. Buang duit beli; dah tu dapat kerosakan buah pinggang.
Guna kan sahaja lah apps yang ada di smartphone yang boleh tukar kan gambar muka anda tu 😅    jadi ploles. Letak lah mata biru, bulu kening tebal dsb 😂😂
Jangan lah membebankan buah pinggang anda.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi
#MedTweetMY