-->

November 07, 2017

Kenali Takahiro Shiraishi - Pembunuh Bersiri Jepun Yang Memotong Badan Mangsa..

Takahiro Shiraishi - itulah nama pembunuh bersiri dari Jepun yang menjadi sensasi di carian Google kini. Portal dalam dan luar negara Jepun melaporkan secara besar-besaran kes pembunuhan yang dilakukan oleh individu kejam itu.


Berusia 27 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan, Takohiro mengumpan mangsanya yang mempunyai perasaan ingin membunuh diri di Twitter sebelum mengajak mereka keluar dan membunuh mereka. Tidak setakat itu, Takohiro kemudiannya melapah daging-daging manusia yang dibunuhnya dan membuang organ-organ mereka ke dalam tong sampah.

Dan berikut adalah mengenai fakta tentang Takahiro Shiraishi, pembunuh bersiri kejam dari Jepun dan kes-kes pembunuhan yang dilakukannya;

1. Takahiro Shiraishi ialah seorang pemuda Jepun yang berusia 27 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan.


2. Pada awalnya beliau terlibat dengan aktiviti pelacuran sebagai individu yang akan 'scout' pelacur baru ke kumpulan pelacuran tertentu.

3. Beliau kemudiannya ditahan pada Jun tahun 2017 namun dibebaskan kemudiannya. Bagaimanapun ini tidak bermakna beliau terlepas dari hukuman cuma beliau dikenakan hukuman penjara sebulan yang tertunda; yang mana beliau diberikan 'probation period' dan akan dibawa kembali ke dalam penjara bagi menjalani hukuman andai beliau terlibat dalam jenayah lain.

4. Selepas dibebaskan beliau memberitahu kepada bapanya bahawanya dia melihat kehidupannya sudah tiada mempunyai apa-apa makna lagi.

5. Takahiro Shiraishi mengakui telah membunuh 9 orang dalam masa 2 bulan selepas dibebaskan.

6. Lapan mangsanya ialah wanita.

7. Di profile Twitternya, beliau mengelarkan dirinya 'hanging pro' - pakar dalam menguruskan mereka yang mahu membunuh diri dan bersedia menolong sesiapa sahaja yang mahu membunuh diri.


8. Dengan menggunakan gambar latar anime yang mempunyai kesan parut di leher dan tangan, yang sedang memakai tali gantung, Takahiro Shiraishi mengumpan mangsanya dengan ayat yang berbunyi "saya mahu membantu sesiapa sahaja yang sedang dalam kesakitan. DM (mesej) saya pada bila-bila masa sahaja," di profilenya.

9. Takahiro Shiraishi turut dilaporkan mengemaskini tweetnya dengan "Buli berlaku di mana sahaja. Di sekolah, di tempat kerja. Sudah pasti ramai di antara mereka yang menderita selepas cuba membunuh diri meskipun kes mereka tidak dilaporkan di media. Saya mahu membantu individu yang sebegitu," bagi mengumpan mangsanya.

10. Pembunuh itu juga dipercayai memiliki lebih dari satu akaun Twitter bagi mendapatkan mangsa.

11. Takahiro Shiraishi juga dilaporkan tidak suka andai bakal mangsanya memberitahu kepada orang lain bahawanya mereka mahu membunuh diri.

12. "Ia tidak baik untuk memberitahu kepada rakan, ahli keluarga dan media sosial bahawanya kamu ingin membunuh diri," updatenya di akaun Twitter.

13. Takahiro Shiraishi akan memastikan kesemua mangsanya tidak mempunyai peluang untuk menghubungi sesiapa bagi mendapatkan bantuan; ataupun memastikan kesemua mangsanya tidak berdaya untuk mendapatkan bantuan ketika memilih mangsa untuk dikorbankan (bunuh).

14. Mangsa pertamanya ialah seorang wanita yang dikenali menerusi Twitter. Mangsa itu mempunyai teman lelaki, dan Takahiro Shiraishi membunuh lelaki tersebut kerana mahu menutup kes dan bukti kerana dipercayai teman wanitanya telah memberitahu tentang niatnya mahu membunuh diri kepada kekasihnya.

15. Takahiro Shiraishi juga dilaporkan mengakui duit menjadi punca utama kenapa dia membunuh kesemua mangsa-mangsa dengan tidak menafikan wujudnya faktor lain yang mendorong tindakannya.

16. Lapan dari mangsanya yang terdiri dari wanita juga dilaporkan telah diserang secara seksual sebelum dibunuh.

17. 4 mangsanya dipercayai berusia belasan tahun di antara 15 hingga 17 tahun.

18. Manakala yang lain berusia 20 tahun dan ke atas.

19. Dua mangsanya ditemui dalam keadaan leher dijerut. Mangsa juga diberikan air beralkohol yang mengandungi ubat tidur bagi mendiamkan mangsa sebelum dibunuh.

20. Kesemua kepala mangsa ditemui di rumahnya yang terletak di bandar Zama, Kanagawa, Tokyo.

21. Kes ini berjaya dibongkar oleh pihak polis apabila sedang menyiasat misteri kehilangan seorang wanita yang berusia 23 tahun.

22. Sebelum wanita itu menghilangkan diri, beliau menulis di Twitternya, "Saya sedang mencari teman untuk membunuh diri," lapor media Jepun.

23. Abang kepada gadis muda itu kemudiannya 'hack' akaun milik kakaknya dan menemui kehilangan kakaknya ada kaitan dengan penglibatan Takohiro. Beliau kemudiannya mengemaskini perkara tersebut di Twitter dan salah seorang pengikutnya (seorang gadis) menyalurkan maklumat kepadanya bahawanya beliau mengenali pemilik akaun twitter yang diperkatakan. Mereka berdua kemudiannya membuat perancangan untuk mengumpan Takohiro keluar dengan bantuan pihak polis. 

Gadis itu kemudiannya mengajak Takohiro keluar menemuinya di stesen keretapi sebelum mengikutnya pulang ke rumah lelaki itu. Sampai di rumahnya, apabila pihak polis melihat mangsa telah masuk ke dalam rumah Takohiro, polis mengetuk rumah lelaki itu berkali-kali dan pintu dibuka. Apabila ditanyakan di mana wanita yang berusia 23 tahun itu (mangsa terakhir lelaki itu), Takohiro kemudiannya menunjukkan arah ke sebuah kotak sejukbeku.


24. Polis akhirnya menemui kaitan di antara kehilangan wanita tersebut dengan Takahiro Shiraishi sebelum menahan lelaki tersebut bagi membantu siasatan; dan akhirnya menemui lokasi pembunuhan 8 yang lain di rumah yang didiami oleh lelaki itu.

25. Kesemua mangsa yang dibunuh dilaporkan dibunuh pada kali pertama pertemuan dengan lelaki itu.

26. Turut dilaporkan kesemua mangsa yang ditemui hanya bertemu lelaki itu untuk bercakap; belum ada niat mahu membunuh diri lagi bagaimanapun mereka tetap dibunuh oleh Takahiro Shiraishi.

27. Kesemua mangsa juga dikerat-kerat selepas dibunuh oleh lelaki tersebut bagi memudahkan proses penyimpanan dan pembuangan mayat. 

28. Media Jepun turut melaporkan Takahiro Shiraishi menyimpan kesemua mayat mangsa yang telah dikerat-kerat di peti sejuk, di toolbox dan beberapa alat penyejuk lainnya termasuk membuangnya di tong sampah.

29. "Saya mengerat kesemua mangsa di dalam bilik air dan kemudiannya melupuskan sebahagian anggota mangsa seperti organ di tong sampah. Manakala bahagian lain seperti tulang disimpan di rumah kerana bimbang diketahui pihak polis," katanya seperti dipetik media Jepun. 

30. Rumah yang didiami oleh Takohiro disewa oleh bapanya dengan bayaran USD 227 sebulan. Pada awalnya beliau tinggal bersama bapanya dan perhubungan mereka adalah sangat rapat tetapi meminta mahu tinggal berasingan kerana sudah mempunyai teman wanita. Ibu bapa Takohiro sudah bercerai dan mereka mempunyai dua anak. Takohiro adalah anak kedua dan satu-satunya anak lelaki. Beliau mempunyai seorang kakak.


31. Meskipun tidak berasa curiga tetapi jiran-jiran Takohiro mengakui tidak senang dengan bau busuk yang sering dihidu berhampiran rumah Takohiro.

32. Takohiro digambarkan seorang pemuda yang pendiam semasa membesar.

33. Setakat ini polis telah menemui 240 tulang manusia termasuk kepala dan organ dalaman di rumah Takahiro Shiraishi yang dipercayai milik 9 mangsanya.

34. Di Jepun, kadar jenayah adalah sangat rendah dan negara itu terkenal antara negara paling selamat di dunia kerana rakyatnya tidak suka berbuat jenayah.

35. Bagaimanapun negara itu beberapa kali menjadi sensasi dunia berikutan jenayah yang bukan calang-calang kejamnya dilaporkan berlaku di negara itu.

Sumber : 

http://ift.tt/2A5Z9F5

http://ift.tt/2ywRqCS

http://ift.tt/2m04prd

http://ift.tt/2lTEXmP