-->

November 05, 2017

Semua Pembenci JDT Adalah Pund*k Kata Safiq (Video Inside).

"All the haters are p*ndek, gua champion sial" itulah kenyataan yang dikeluarkan secara spontan oleh kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim ketika berpesta di atas padang meraikan kemenangan selepas pasukan itu menjuarai Piala Malaysia yang menewaskan pasukan Kedah pada semalam.

Gambar - JDT
JDT menewaskan juara bertahan, Kedah dengan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam sekali gus mengakhiri kemarau panjang selama 26 tahun.
Kenyataan Safiq itu dipercayai ditujukan kepada 'pembenci-pembenci' JDT.
Kata-kata spontannya itu bagaimanapun mengundang cemuhan daripada sebahagian peminat bola sepak tanah air.
Menurut netizens, sekalipun teruja menyambut kemenangan, tidak sepatutnya seorang pemain bolasepak yang profesional mengeluarkan kata-kata kesat terhadap sesiapa pun.
"Takyah nak berlagak sangat Syafiq. Sampai kat oversea pun kau ni setakat main reserve jer. Itu pun kalau team tuu nak... entah-entah jadi budak milo jer. Jiwa koyak betul mamat ni sejak join powercat," - Shaz Wira 

"Cakap kami dah jauh ke depan, tapi perangai macam elok main liga sekolah rendah menang dapat hamper 30 ringgit," - Yunus Yus 

"Macam bangang je dia ni. Liga malaysia je pun. Macam menang World Cup je nak harok all to the haters. hahahaha bodoh," - Muhammad Azrul

"Jangan sombong la. Kenal asal usul kau. Dulu kau dari mana, kau bukan anak jati J (Johor) tu. Tunggu masa kau kena macam Safee Sali, Mat Yo dan Amri Yahyah. Masa tu jangan tanya kalau team lain dah tak nak ambil kau ok," - Akram Zaki
"Liga Malaysia je pun. Tak ada negara lain yang fokus untuk piala kita la. Kita je syok sendiri. Christiano Ronaldo pun tak perangai macam ni" - Kay Ramli

Disebalik kritikan bertubi-tubi yang diterima oleh pemain itu, masih terdapat ramai penyokong setia yang membela aksi pemain kesayangan mereka. Menurut penyokong JDT, kritikan tersebut sebenarnya hanya ditujukan kepada haters, dan pada yang tidak termasuk dalam kategori haters tidak sepatutnya terasa. - SoZPress