-->

Februari 20, 2018

Akhirnya Dato Aliff Syukri Pun Mencarut..

Oleh : Syafiq Fadeli

AKHIRNYA DATO' ALIFF SYUKRI MENCARUT.

Macam-macam reaksi muncul apabila filem Badang lakonan Aliff Syukri ditayangkan di panggung. Jujurnya, sebahagian memuji dan majoriti mengutuk bertalu-talu.


Jadi, saya nak bagi juga pendapat saya.
Hanya sekadar pendapat.

1. Tahniahlah dato' sebab berjaya berlakon, dan filem Badang tu ditayangkan di panggung. Tahniahlah.

2. Saya kuat berpendapat bahawa, pelakon yang bagus ni ada DNA dia. Orang yang betul-betul nak jadi pelakon ni ada bakat. Tak cukup dengan itu, mereka pergi lagi kelas-kelas lakonan untuk memantapkan lagi mutu lakonan mereka.  


3. Kalau kita sekadar 'nak' jadi pelakon, belum tentu kita akan jadi pelakon walaupun kita ada duit berjuta-juta. Kena ada usaha dan pengorbanan.  


4. Pendapat saya, buat masa sekarang, dato' belum sesuai untuk jadi pelakon kerana mutu lakonan dato' masih rendah. Guna CGI macam mana pun, at the end of the day, penonton nak menonton pelakon yang pandai berlakon juga.

5. Lebih-lebih lagi untuk cerita adiwira Badang ni. Kalau di Hollywood, pelakon-pelakon filem adiwira mereka (avengers, justice league), semuanya menjalani rutin latihan berbulan-bulan untuk dapatkan body shape superhero. Tu pun masih dikritik. Jadi kalau dato' nak pegang watak superhero, dato' kena berkorbanlah sikit, bina muscle dll. 


6. Producer, pengarah dan penulis skrip pun janganlah nak ambil mudah saja, cipta plot yang 'menghalalkan' sesuatu kejanggalan. Disebabkan Aliff Syukri tu kurus keding, korang pun buat plot untuk menghalalkan seorang superhero yang kuat tapi kurus. Itu jalan pintas namanya. Jalan pintas yang memakan diri. 


7. Tapi dato', saya ada cadangan. Cadangan pertama, dato' berjinak-jinak dulu dalam dunia perfileman ini sebagai pelakon extra atau pelakon pembantu. Sepatutnya untuk filem pertama ni, dato' jadi dulu pak lawak yang dok follow Badang tu. Atau jadi abang kepada Badang yang kaya raya ke apa ke. Mula slow-slow. Jangan nak jadi superhero terus.

8. Cadangan kedua. Dato' ni ada perangai 'masuk air' tau. Jadi, sesuai sangat kalau dato' bermula dengan filem-filem kelakar. Lagi sesuai dengan dato'.

9. Saya tengok producer Malaysia ni takut sangat nak buat cerita superhero yang betul-betul superhero. Dulu Cicakman, sekarang Badang, semua bertemakan humor, sebab just in case anything goes wrong, dorang boleh claim "Eh, ni kan cerita komedi"

10. Nak buat cerita superhero macam Hollywood buat bukan senang. Mereka bermula dengan komik, kumpul fans, selepas berpuluh tahun baru keluarkan filem. Fans dah memang ada, keluar je filem, on the spot meletup! Kalau nak buat filem yang legend macam tu, bermula dari bawah...
11. Apesal tak ambil Zul Ariffin ke, Adi Putra ke, jadi Badang? Carilah pelakon yang ada shape sikit... Jalan cerita tu takyah la nak komedi-komedi. Kalau tema dan storyline dia bagus, bagus jugalah cerita tu.

12. Contohnya cerita Pok Ya Cong Codei. Pelakon tak kacak mana pun, siap ada pelakon yang kita tak kenal pun ada... Tapi viral. Sebab kekuatan storyline dan tema dia. Plus, kekuatan skrip!

So, dato'.

Tahniah, tahniah jugak.

Cuma next time saya sarankan dato' jadilah funder untuk filem-filem Malaysia yang berkualiti tinggi.

Anak muda kita ni ramai yang hebat, cuma takde dana nak buat filem gempak saja.

Dato' kan banyak duit, dato' bagilah dana.

Pastu dato' jadilah pelakon extra dalam tu, jadi penjual cendol ke, jadi penyanyi lagu Abang Nak Tegur ke... (without Sajat, please). Sambil cari pengalaman jadi pelakon.

Nanti body Dato' dah berketak-ketak, skill lakonan dah mantap, dato' buatlah cerita Badang Returns, buat comeback balik, menutup kutukan-kutukan netizens untuk Badang 1 ni.

Bijak kan?