-->

Mac 13, 2018

Treler Tanpa Pemandu Rempuh 19 Kenderaan Di Nilai.

Oleh : Bernama

SEBUAH treler tanpa pemandu merempuh 19 kenderaan yang diletakkan di parkir sebuah kilang pemprosesan minyak di Nilai Utama, tengah hari tadi.




Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, tiada kecederaan yang dilaporkan.

Kejadian berlaku apabila pemandu treler berusia 31 tahun yang ditugaskan menghantar serbuk sawit dari Lumut, Perak ke kilang itu meletakkan kenderaan terbabit di tepi jalan berdekatan, sebelum terus pergi ke kantin untuk makan.

Ketika sedang makan, treler tersebut menggelongsor dan bergerak sendiri menghala ke arah parkir di kawasan kilang tersebut dan melanggar kesemua kenderaan melibatkan sebuah lori, tiga kereta dan 15 motosikal, katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan, katanya.