-->

Ogos 10, 2018

Video Budak Bangun Tawarkan Tempat Duduk Pada Wanita Mengandung Rupanya Lakonan Jer..

Tular satu rakaman video yang merujuk kepada seorang kanak-kanak sekolah rendah yang bangun dan menawarkan tempat duduk kepada seorang wanita yang sedang mengandung di dalam MRT.

Wanita itu yang berdiri kira-kira 10 saat ditawarkan tempat duduk oleh kanak-kanak tersebut apabila kesemua orang dewasa yang turut berada di koc MRT yang sama tidak berbuat demikian.


Video tersebut kemudiannya viral dan kanak-kanak itu mendapat pujian dari netizens. Manakala orang dewasa yang turut berada di koc yang sama pula menerima kecaman dan kritikan netizens bertubi-tubi.


Bagaimanapun ada cerita lain mengenai video yang tular itu. Video itu sebenarnya berasal dari Facebook Ally Iskandar, pengacara lelaki popular tanahair. 

Ia mula dimuatkan di Facebooknya pada khamis petang sebelum menjadi tular di laman sosial.


Difahamkan rakaman video tersebut ialah eksperimen sosial - yang bertujuan untuk menguji sikap keprihatinan dan kemanusiaan individu dalam masyarakat, dan video tersebut membuktikan kebanyakan manusia sememangnya bersikap mementingkan diri sendiri!

Bagaimanapun beberapa krew yang ditugaskan untuk berlakon dalam video tersebut juga menerima kecaman netizens. Malangnya. Tak pasal-pasal disalahsangka 😅😅😅!. - 10 Ogos 2018.

Tonton rakaman tersebut dibawah ini;