-->

Februari 17, 2017

Grab Share tawar penjimatan 30 peratus kepada pengguna

Grabcar semalam telah memperkenalkan satu perkhidmatan baharu yang dinamakan GrabShare. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna berkongsi perjalanan mereka bersama penumpang lain yang menuju ke destinasi yang sama.

Grab Malaysia country head Sean Goh (left) and GrabShare software engineer Dominic Widdows (1)

Jurutera Perisian Grab, Share Dominic Widdows (kanan) dan Ketua Grab Malaysia, Sean Goh (kiri).

Ini membolehkan penumpang dapat menikmati perkongsian perjalanan yang lebih murah iaitu dengan kadar potongan sebanyak 30%.
Menurut Grab, perkhidmatan baharu ini dapat memainkan peranan dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping menambah pendapatan pemandu, yang kini dapat melengkapkan dua tempahan dalam satu perjalanan yang sama.

Sistem GrabShare ini akan berfungsi dengan mengenalpasti penumpang lain yang berdekatan yang juga ingin ke destinasi atau arah yang sama. Mereka yang menggunakan perkhidmatan ini hanya boleh membawa seorang lagi penumpang lain. Dalam satu perjalanan, hanya empat penumpang yang dibenarkan dalam sebuah kereta, dan akan hanya ada dua hentian sebelum penumpang paling jauh sampai ke destinasinya.


Sumber Automotif - Careta