Cari Blog Ini




10 Cara Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat Klinik !!!

/ 5:43 PTG










Cara Mengatasi Masalah Tidur Berdengkur. Adakah anda berdengkur semasa tidur? Anda mungkin tidak perasan anda berdengkur, tetapi pasangan atau rakan anda pasti sedar jika anda berdengkur semasa tidur. Masalah berdengkur bukanlah eksklusif untuk satu satu jantina sama ada lelaki atau perempuan tetapi ianya lebih bersifat universal.


Secara umumnya, hampir semua orang berdengkur, tetapi berbeza dari segi kelantangannya. Sekiranya dengkuran itu tidak mengganggu orang lain yang sedang tidur sehingga terjaga, dengkuran anda masih dianggap normal. Tetapi jika dengkuran anda menyebabkan pasangan atau rakan anda tidak dapat tidur dengan aman, anda perlu lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah dengkuran tersebut.


>


Bagaimana dengkuran berlaku?
Dengkuran berlaku apabila udara pernafasan tidak dapat keluar dan masuk dengan baik. Perlanggaran udara pernafasan dengan dinding dalam rongga pernafasan menyebabkan terjadinya getaran yang mengeluarkan bunyi dengkuran.



Kesan berdengkur

Berdengkur menyebabkan tidur yang tidak lena.
Mendatangkan masalah kepada hubungan suami isteri
Mendatangkan masalah kepada rakan sebilik

Berdengkur bukanlah satu penyakit. Walau bagaimana pun, ada satu jenis masalah kesihatan yang dipanggil sleeping apnea yang hampir menyerupai orang yang berdengkur. Perbezaan utama berdengkur dan sleeping apnea adalah orang yang berdengkur biasanya masih dapat tidur walaupun berdengkur, tetapi orang yang mengalami sleeping apnea akan kerap terjaga kerana pernafasan yang tersangkut (apnea).




Punca berdengkur

  • Terlalu penat
  • Obesiti
  • Masalah saluran pernafasan
  • Merokok
  • Posisi tidur yang salah




Sekiranya anda mendapat 'aduan' daripada pasangan atau rakan anda tentang anda berdengkur semasa tidur, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan dengkuran anda.


Posisi Tidur

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah tidur berdengkur adalah dengan mengubah posisi tidur anda. Orang yang berdengkur biasanya tidur dalam keadaan terlentang ataupun meniarap. Posisi terbaik untuk mengatasi masalah berdengkur adalah dengan tidur secara mengiring. Selain itu sekiranya anda masih mahu tidur terlentang, pastikan posisi kepala anda ditinggikan sedikit untuk membolehkan rongga pernafasan terbuka dan tidak tersekat.





Alat Bantuan

Terdapat beberapa alatan ringkas yang boleh membantu mengurangkan dengkuran. Contoh paling mudah adalah menggunakan Breath right. Bagaimana alat ini berfungsi? Alat-alat bantuan mengurangkan dengkuran sebenarnya bertindak dengan membantu membuka rongga pernafasan kita agar kita dapat bernafas dengan lancar tanpa sebarang gangguan.


Menurunkan Berat Badan


Orang yang mempunyai berat berlebihan lebih cenderung untuk berdengkur. Ini adalah kerana lemak-lemak berlebihan terkumpul di bahagian leher dan tekak dan mengganggu saluran pernafasan dan seterusnya menyebabkan anda berdengkur. Jika ini penyebab anda berdengkur, cara terbaik untuk mengurangkan dengkuran anda adalah dengan menurunkan berat badan anda. Sisih semua lemak terutamanya yang terdapat di bahagian leher dan tekak untuk melancarkan saluran pernafasan anda.


Berhenti Merokok

Orang yang merokok lebih mudah untuk berdengkur kerana rokok boleh mengganggu dan merosakkan saluran pernafasan anda. Walau pun agak sukar untuk menghentikan tabiat merokok, mulakan perlahan-lahan dan jangan berhenti secara mengejut kerana ia mungkin akan mendatangkan kesan sampingan yang lain.







Di ambil dari fb Fitri Yahya



Ambil 5 biji badam. Hancurkan dan masukkan dalam segelas susu panas. Minum beberapa minit sebelum tidur. InsyaAllah,...


Cubalah ye :


Semoga membantu !

 


Kehadiran anak dalam rumah tangga muslim merupakan nikmat yang besar dari Allah Taala. Namun, sebahagian orang ada yang lebih mendambakan kehadiran anak laki-laki daripada anak perempuan. Anak laki-laki dianggap lebih mulia daripada anak perempuan. Mereka bangga dan bergembira tatakala dikaruniai anak laki-laki.


Sebaliknya, bagi sebahagian orang kehadiran anak perempuan merupakan aib dan dianggap bencana. Mereka sedih dan kecewa jika dikurniakan anak perempuan. Padahal kehadiran kanak-kanak perempuan juga termasuk nikmat dari Allah. Bahkan Islam secara khusus menjelaskan tentang keutamaan anak perempuan dan ganjaran bagi ibu bapa yang memelihara dan mendidik anak-anak perempuan mereka.


Al Imam Muslim rahimahullah membuat sebuah bab dalam kitab sahihnya dengan tajuk Keutamaan Berbuat Baik kepada Anak-Anak Perempuan. Beliau membawakan tiga hadis sebagai berikut:


Pertama. Hadis dari Aisyah radhiyallahu anha, beliau berkata,


Ada seorang wanita yang datang menemuiku dengan membawa dua anak perempuannya. Dia meminta-minta kepadaku, namun aku tidak mempunyai apa-apa kecuali satu buah kurma. Lalu akau berikan sebuah kurma tersebut untuknya. Wanita itu menerima kurma tersebut dan membahaginya menjadi dua untuk diberikan kepada kedua anaknya, sementara dia sendiri tidak ikut memakannya. Kemudian wanita itu bangkit dan keluar bersama anaknya. Setelah itu Nabi shallallahu alaihi wa sallam datang dan aku ceritakan peristiwa tadi kepada beliau, maka Nabi shallallhu alaii wa sallam bersabda, Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudia dia berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut akan menjadi penghalang dari siksa api neraka (HR Muslim 2629)


Kedua. Diriwayatkan juga dari Aisyah radhiyallahu anha, beliau berkata,


Seorang wanita miskin datang kepadaku dengan membawa dua anak perempuannya, lalu aku memberinya tiga buah kurma. Kemudian dia memberi untuk anaknya masing-masing satu buah kurma, dan satu kurma hendak dia masukkan ke mulutnya untuk dimakan sendiri. Namun kedua anaknya meminta kurma tersebut. Maka si ibu pun membagi dua kurma yang semula hendak dia makan untuk diberikan kepada kedua anaknya. Peristiwa itu membuatku takjub sehingga aku ceritakan perbuatan wanita tadi kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Maka Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda ,: Sesungguhnya Allah telah menetapkan baginya syurga dan membebaskannya dari neraka (H.R Muslim 2630)


Ketiga. Diriwayatkan dari sahabat Anas bin Malik radhiyallahu anhu, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,


Barangsiapa yang mengayomi dua anak perempuan hingga dewasa maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku. (Anas bin Malik berkata: Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau). (HR Muslim 2631)


Hadis-hadis di atas menunjukkan keutamaan anak-anak perempuan dalam agama Islam. Imam An Nawawi rahimahullah mengatakan, Hadis-hadis di atas menunjukkan keutamaan berbuat baik kepada anak-anak perempuan, memberi nafkah kepada mereka, serta bersabar dalam mengurus seluruh urusan mereka.


Anak perempuan merupakan ujian bagi orangtua. Sebahagian orang tidak suka dengan kehadiran anak perempuan dan sangat bergembira ketika mempunyai anak laki-laki. Oleh kerana itu kehadiran anak-anak perempuan dianggap sebagai ujian. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, Anak perempuan disebut sebgai ibtilaa (ujian) kerana umumnya manusia tidak menyukai mereka. Hal ini juga sebagaimana Allah Taala firmankan:


Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah, Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu. (QS An-Nahl: 58)


Yang dimaksud mengayomi anak perempuan adalah menunaikan hak-hak mereka seperti makan, pakaian, pendidikan, dan lain-lain. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, Yang dimaksudkan adalah menunaikan hak-hak dengan nafkah dan mendidik mereka serta memenuhi keperluan-keperluan yang lain.


Terdapat ganjaran yang besar bagi orangtua yang mengayomi anak perempuan mereka, berupa nikmat surga, terhalangi dari siksa api neraka, dan kedekatan bersama Nabi shallallahu alaihi wa sallam di akhirat.


Saudaraku, lihatlah bagaimana Islam memuliakan anak perempuan dan memberi ganjaran khusus bagi orang tua yang mau mengayomi anak-anak perempuan mereka. Semoga Allah Taala senantiasa memberikan kita keturunan yang soleh dan solehah. Wallahul mustaan ​​...


Kematian merupakan hal yang pasti dan akan menghampiri setiap mahluk yang bernyawa. Hal yang tak diketahui anyalah waktu datangnya, karena itu merupakan rahasia Allah SWT.


Namun, walaupun kematian tak diketahui datangnya kapan, sebelum kematian itu datang akan ada tanda-tanda yang mungkin dapat kita ketahui. Hanya saja biasanya seseorang tidak dapat menyadarinya.

Ada beberapa tanda, lebih spesifik 40 hari sebelum kematian menjemput, seseorang akn mengalami tanda-tanda seperti dibawah ini:

1. 40 hari menuju kematian
Tanda-tanda kematian ini juga muncul setelah masuk waktu asar, bagian pusat dari tubuh kita akan berdenyut. Itu pertanda bahwa daun yang tertulis nama kita dari pohon yang terletak di Arshy Allah swt. Telah gugur.

Lalu malaikat maut mengambil daun tersebut dan segera membuat persiapan diantaranya mulai mengawasi kita setiap saat. Dan sesekali malaikat maut menampakkan dirinya kepada orang yang akan dicabut nyawanya dalam wujud manusia, dan seketika itu pula orang itu akan terasa terkejud dan bingung melihat malaikat maut.

Walaupun malaikat maut wujudnya hanya satu tapi atas izin Allah swt, Dia mampu mencabut nyawa seseorang dalam waktu yang bersamaan.

2. 7 hari ketika kematian akan
datang Tanda ini muncul setelah masuk waktu asar, tanda-tanda kematian ini hanya
diberikan Allah swt Terhadap orang yang diuji Allah dengan Sakit, biasanya orang yang sedang sakit tak berselera makan, tiba-tiba ingin makan. Ini merupakan isyarat dari Allah bahwa kematian memang benar-benar sudah dekat.

3. 3 hari, kematian diambang pintu
Pada suatu saat akan terasa denyutan di tengah dahi kita, yaitu antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda-tanda kematian ini dapat dirasakan maka sebaiknya berpuasalah kita setelah itu.

Supaya perut kita tak mengandung banyak najis, dan ini akan memudahkan orang lain utk memandikan jasad kita.

Setelah itu pula mata hitam kita tak bersinar lagi, dan bagi orang yg sakit, hidungnya perlahan akan masuk ke dalam, ini dapat terlihat jelas kalau dilihat dari sisi tubuh kita. Telinga akan layu dan berangsur-angsur masuk ke dalam.

Tapak kaki tegak berangsur-angsur lurus ke depan dan sukar untuk ditegakkan lagi.

4. Sehari sebelum kematian
Tanda-tanda kematian ini juga terjadi setelah waktu ashar, kita akan merasakan denyutan di bagian ubun-ubun, ini menandakan kita sudah tak sempat lagi melihat waktu ashar di keesokan harinya.

5. Tanda terakhir, Kematian Menghampirimu.!
Kita akan merasakan sejuk di bagian pusat, lalu turun ke pinggang dan akan terus naik ke bagian halkum.

Pada masa ini hendaknya kita sering beristighfar memohon ampun pada Allah, dan sering-sering membaca syahadat. Menata hati, memfokuskan fikiran kita hanya kepada satu arah yaitu Allah swt.

Dengan demikian semoga dengan sedikit pengetahuan menjelang kematian, kita punya kesiapan untuk menghadapinya. Namun begitu, semuanya kembali kepada Allah, maka berdoalah agar kita dapat menyadari tanda yang diberikan oleh-Nya supaya siap di Ajal kelak. Wallahu a’lam.
Korea Utara adalah antara negara yang sangat 'suka' berahsia. Negara ini sememangnya terkenal sebagai negara diktator dan hanya pelancong bertuah sahaja dapat mengunjungi negara ini kerana dasar tertutup yang diamalkannya.

Seorang pengembara dan jurugambar bernama Eric Lafforgue telah menangkap gambar-gambar menarik dari dalam Korea Utara. Gambar yang ditangkap oleh ini adalah ketika lawatannya ke sebuah rumah tetamu di perkampungan nelayan di Jung Pyong Ri di wilayah Utara Hamgyong.

Menurutnya, bekalan elektrik di kampung itu akan ditutup pada pukul 9 malam namun penduduk biasanya menggembirakan hati dengan menyanyi dengan disinari cahaya lilin.

Katanya, di sana terdapat di sana pantai berpasir memutih yang 'tidak wujud di mana-mana peta.

Jelasnya, majoriti penduduk di kampung itu dilanda kemiskinan dan mereka banyak bergantung hidup kepada hasil laut.

"Kebanyakan rumah dan bangunan di kampung ini kelihatan suram, buruk dan ada sebahagian atapnya hampir runtuh.

"Hanya gambar mural besar bekas pemerintah Korea Utara, Kim Il Sung di sebuah bangunan yang berwarna di kampung ini," katanya.

Jurugambar yang berusia 52 tahun itu yang pertama kali melawat negara itu pada tahun 2008 dilaporkan kini telah diharamkan daripada kembali ke negara itu.

Berikut adalah foto-foto kehidupan di Korea Utara yang diambil. Jika dilihat, suasana di sana benar-benar berbeza dengan negara-negara lain.

1. Seorang askar sedang tidur di atas rumput.

2. Bagi penduduk miskin, mendapatkan makanan itu sangat susah. Lelaki ini yang kelihatan sedang mengambil rumput mungkin untuk dimakan.

3. Seorang ibu dan kedua-dua anaknya berniaga untuk menyara hidup.

4. Penduduk diminta untuk menghadiri Perayaan Kimjonilia untuk menghormati bekas diktator.

5. Kebanyakan kedai disediakan hanya untuk kaum elit.

6. Tentera melakukan kerja-kerja ladang.

7. Antara pertunjukan yang dibenarkan untuk pengunjung.

8. Tab mandi digunakan sebagai tangki air rumah.

9. Jalan di Korea Utara tidak sesat sehingga membolehkan anak-anak untuk bermain di tengah-tengah jalan.

10. Komputer yang digunakan tidak menyala kerana kekurangan elektrik.


----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!
Paul Walker passed away when his daughter Meadow was only 15. She recently turned 18 and she's growing up to be a woman her father would be proud of.








----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!
Sebuah masyarakat kecil Mormon fundamentalis, kira-kira 15 Lelaki hidup bekeluarga secara berpoligami dalam rumah yang unik dibina oleh mereka sendiri. Rumah-rumah moden literal yang diukir di tebing sebuah batu besar di padang pasir selatan Moab, Utah. Rockland Ranch, secara tidak rasminya dikenali sebagai "The Rock," diasaskan kira-kira 35 tahun yang lalu oleh Robert Dekan Foster, bagi untuk mewujudkan, kawasan yang selamat untuk masyarakat Kristian yang memilih perkahwinan majmuk.

Dinding-dinding batu di letupkan dengan menggunakan dinamit untuk di jadikan gua, kemudian dibina rumah yang agak moden, lengkap dengan air, elektrik, akses internet, dan banyak lagi keperluan asas yang sempurna. Jurugambar Reuters, Jimmy Urquhart telah dijemput untuk melawat dan mengambil gambar kawasan The Rock ini, dan kembali dengan gambar-gambar ini, memperlihatkan di dalam masyarakat Utah yang unik.








----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!