-->

Februari 09, 2017

Kencing Di Tepi Jalan, Budak Perempuan Maut Dilenyek Bas

Malang bagi seorang kanak-kanak perempuan apabila dia maut ketika sedang membuang air kecil di tepi jalan raya.

Kejadian yang berlaku di Ningdu, daerah di wilayah Jianxi itu berjaya dirakam oleh Video pengawasan yang dipasang berdekatan.

Menurut laporan Shanghai Daily, video yang terus menjadi tular di Internet itu menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat menarik seluarnya sebelum mencangkung untuk membuang air kecil di tepi jalan.

Lebih kurang 10 saat kemudian, sebuah bas mini datang dan melenyek badannya kerana pemandu bas tidak menyedari kewujudan kanak-kanak tersebut di situ.

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan yang dialaminya terlalu parah.

Pemandu bas berkenaan ditahan polis untuk disoal siasat namun kebanyakannya menyalahkan ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana tidak mengawasinya dengan baik.