Cari Blog Ini




Ziarah Siti Nurhaliza & Suami Di Palestin

Ziarah Siti Nurhaliza & Suami Di Palestin,ok!: Seronoknya kami tengok Siti Nurhaliza dan suami menziarahi negara Palestin. Bertambah seronok apabila Siti Nurhaliza turut berkongsi gambar dan video singkatnya ketika disana, di Masjid Al Aqsa dan Dome Of Rock dimana terletaknya batu tergantung yang sejarahnya pernah cuba mengikuti Rasulullah S.A.W ke langit.

Ziarah Siti Nurhaliza & Suami Di Palestin

Untuk info, seluruh anggota rombongan yang mengikuti ziarah ini adalah terdiri daripada ahli keluarga sebelah suaminya.

Ziarah Siti Nurhaliza & Suami Di Palestin

Kunjungan Siti Nurhaliza ke sana merealisasikan hasrat dan keinginan yang sudah lama beliau pendam.

Selain itu, Siti Nurhaliza turut mengambil kesempatan berdoa didalam Masjid Al Aqsa agar dikurniakan zuriat.

"Di dalam masjid utama Al Aqsa ,ada terletaknya Mihrab Zakariya ..Disinilah Nabi Zakariya berdoa kpd Allah SWT agar di kurniakan zuriat .. Saya & suami juga mengambil kesempatan berdoa di sini.. Semoga di makbulkan .. aamiin ya rabb.. ", tulisnya di instagram.

Ziarah Siti Nurhaliza & Suami Di Palestin

Siti Nurhaliza  turut memenuhi permintaan peminat yang ingin melihat keadaan Batu Tergantung didalam Dome Of Rock tersebut. "Ramai request nak tgk bagaimana keadaan batu tergantung .. inilah keadaannya.. ",ujarnya.

Kedua-dua video tersebut ada kami sediakan di bawah.




----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan