Cari Blog Ini




Jom Kenali Geng Kongsi Gelap Di Penjara El Salvador

El Salvador yang merupakan sebuah negara kecil yang terletak di kawasan Amerika Tengah juga tidak terkecuali dengan ancaman daripada keganasan oleh anggota-anggota kumpulan kongsi gelap di sana.

Meskipun ramai  anggota kumpulan kongsi gelap ini telah dipenjarakan termasuklah ketua-ketua mereka, namun, ini tidak dapat membanteras aktiviti-aktiviti jenayah mereka. Di sebalik tirai besi dan tembok penjara yang tinggi ini, ketua-ketua kongsi gelap ini dapat memberikan arahan kepada anggota-anggota mereka yang masih bebas di luar sana untuk menjalankan aktiviti perniagaan haram mereka seperti biasa.

Seorang wartawan untuk sebuah akhbar antarabangsa telah merakamkan aktiviti-aktiviti kumpulan kongsi gelap ini semasa mereka menjalani hukuman penjara di penjara Cojutepeque, Ciudad Barrios dan Quezaltepeque.



Anggota geng kongsi gelap, Barrio 18 sedang berkumpul menghadiri pertemuan di Penjara Cojutepeque, timur San Salvador, El Salvador

Dua orang anggota geng kongsi gelap 18 menunjukkan tatu yang dicacah di belakang badan mereka ketika berada di Penjara Quezaltepeque

Anggota geng kongsi gelap Mara Salvatrucha ketika berada di lapangan penjara Ciudad Barrios

Anggota geng kongsi gelap 18 bergaya di hadapan kamera ketika diiringi oleh pengawal ke penjara Guatemala.

Ketua geng kongsi gelap 18, Marlon Martinez semasa berada di penjara Guatemala

Salah seorang anggota geng kongsi gelap 18 semasa berada di sebuah pejabat di Valle del Sol, Apopa

Anggota geng kongsi gelap 18 ketika berkumpul di penjara Quezaltepeque

Anggota geng kongsi gelap. Mara Salvatrucha ketika berada di penjara Ciudad Barrios


----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan