-->

Mac 13, 2017

Merangkak Untuk Menang

Merangkak Untuk Menang,ok!: Kisah kejayaan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang dalam Kejohanan Merentas Desa Bawah 12 Tahun Peringkat Kebangsaan di Taman Botani Negara Shah Alam kelmarin, menjadi viral di Facebook.

Merangkak Untuk Menang

Mohd Faizal Hafiz Adnan, 12, hanya remaja bertubuh kecil dan menetap di kampung Pantai Tukang Perahu di Seberang Marang, di sini, menarik perhatian netizen apabila meraih kemenangan dengan cara yang luar biasa.

Ini kerana, kemenangan itu bukan mudah untuk dikecapinya apabila terpaksa merangkak selepas terjatuh beberapa meter dari garisan penamat namun berjaya melepasi garisan penamat dan muncul sebagai naib johan.

Kemenangan Mohd Faizal turut membolehkan kontinjen bawah 12 tahun Terengganu menjadi juara kategori bawah 12 tahun dan di tempat ketiga keseluruhan pada Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2017.

Pada kejohanan itu, kontinjen Selangor dinobatkan juara keseluruhan dan muncul sebagai juara buat kali ke-10 berturut-turut dalam kejohanan tahunan berkenaan. Tempat kedua dimenangi kontinjen Perak manakala Terengganu, ketiga.

Ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah, Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan, Dr Mehander Singh yang dipetik berkata, sukan adalah wadah yang boleh menjana integrasi kaum dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Bahagian sukan sentiasa berusaha untuk memberi ruang dan peluang kepada semua murid terbabit dalam aktiviti sukan sekolah. Kejohanan MSSM adalah medan menggilap potensi atlet seterusnya melahirkan mereka yang cemerlang,” katanya

Sementara itu, Mohd Faizal yang merupakan anak sulung dari tiga beradik itu juga telah mencatatkan namanya sebagai naib johan dalam kejohanan yang sama berlangsung pada 5 Mac 2016 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ibu Mohd Faizal, Zaleha Yusof, 41, ditemui Sinar Harian selepas anaknya meraih kejayaan itu  memaklumkan anak lelakinya suka berlari sehingga ia menjadi rutin anak lelakinya itu berlari di tepi pantai setiap petang dan ketika cuti sekolah.

Zaleha turut mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya Guru Besar SK Seberang Marang, Azman Abd Hadi yang sentiasa memberikan sokongan kepada anaknya.

sumber
Sinar Harian

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!