-->

Mac 06, 2017

Subhanallah!! Bayi Ini Tetap Hidup Walaupun Jantungnya Di Luar. Sebarkan Tanda Kebesaran Allah Ini !!!



Pernahkah anda melihat bayi yang baru dilahirkan mempunyai jantung diluar badannya? Sangat sukar ya untuk melihat kejadian tersebut berlaku di depan mata kita.




Foto Dari Caters News Agency
Tetapi itulah tanda kebesaran Allah Ta'ala kepada bayi yang baru dilahirkan di mana jantungnya boleh dilihat berdegup di luar dadanya bahkan ia mengejutkan ibu bapa dan para doktor di India.

Ibu kepada bayi itu yang dikenali sebagai Tazmina Khatun, 28, berasal dari sebuah kampung di Assam, timur laut India telah selamat melahirkan seorang bayi perempuannya tersebut di salah sebuah hospital kerajaan awal minggu ini. Bagaimanapun, beliau kaget apabila mendapati jantung anaknya berdegup di luar dadanya, sesuatu yang jarang berlaku.

Doktor berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu selepas merawatnya serta-merta sebelum memindahkannya ke hospital lain.



Foto Dari Caters News Agency
Bagaimanapun, ibu bapanya bimbang bayi tersebut akan mati kerana mereka tidak mampu membiayai kos pembedahan bagi memasukkan semula organ penting itu ke dalam dadanya.

Tazmina dan suaminya, Jahirul Isma, 29, berkata mereka hampa dengan keadaan anak sulung mereka.

“Saya hanya mampu menangis melihat anak saya. Saya tidak percaya dia akan dilahirkan sebegitu.

“Kami hanya berharap keajaiban akan berlaku supaya anak kami hidup seperti orang lain,” kata Jahirul.



Tazmina berkata, beliau tidak mengalami masalah sepanjang hamil. Bagaimanapun, beliau juga tidak pernah menjalani pemeriksaan sepanjang tempoh itu kerana masalah kewangan.



Foto Dari Caters News Agency
Menurut Dr. Manirul Islam Sarkar yang merawat bayi berkenaan sebaik dilahirkan berkata, bayi itu menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai ectopiacordis yang menyebabkan jantungnya membesar di luar dada.

Sumber: mirror.co.uk