-->

April 11, 2017

Misteri Di Sebalik Lagu Cindai dan Rahsia Asal- usulnya


  

Pelbagai Kisah Mistik Timbul Selepas Lagu Cindai Di Cipta|Cindai di siniiiiiii........
LAGU Cindai sering disalah erti sebagai merujuk kepada hantu pontianak.

Apa perasaan anda ketika sedang menyanyikan lagu Cindai, tiba-tiba terdengar suara perempuan menyahut, “Cindai di sini!”.

Pasti tegak bulu roma dibuatnya. Itu adalah kisah yang berlegar-legar di internet apabila menyebut sahaja lagu Cindai. Ada yang mendakwa lagu itu menyeru hantu pontianak.



Lagu alunan Datuk Siti Nurhaliza yang mula popular pada 1998 itu masih dianggap lagu evergreen, malah ‘berhantu’ sehingga kini.
Pelbagai kisah seram timbul susulan terciptanya lagu tersebut.



Inilah Cindai kain sutera bercorak seperti ular sawa dan digelar raja segala kain...

Penulis lirik lagu Cindai, Hairul Anuar Harun sendiri mengakui yang sehingga kini masih lagi menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai makna di sebalik lagu tersohor itu.

“Dalam konteks seni kata lagu Cindai, ia adalah perlambangan kepada seorang wanita yang cekal dan tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya".

"Wanita tersebut tetap berfikiran positif dan tidak mahu memanjangkan lagi rasa rajuk dan duka nestapanya demi mencapai impian yang dihajati,” kata penulis lagu itu.

Terlalu banyak cerita yang didengar mengenai lagi Cindai dan kaitannya dengan kisah-kisah mistik dan menyeramkan.






Dalam bahasa Minangkabau Cindai bermakna Hantu Pontianak...

Dikatakan ada yang mengalami pelbagai peristiwa seram seperti melihat pontianak ketika menyanyikan lagu tersebut.


"Malah ada yang mengaitkan lagu itu dengan kisah percintaan antara Tun Iram Sandiri dan Tun Biajid, anak kepada Hang Tuah".

Kadangkala, maksud di sebalik lagu Cindai yang diinterpretasi oleh orang ramai melangkaui akal fikiran manusia biasa.

Mungkin kerana Cindai mempunyai dua makna iaitu kain sutera berbunga-bunga dan satu lagi bermaksud hantu pontianak jika di Minangkabau, maka lagu itu dianggap berhantu.






Hang Jebat membalut luka tikaman Keris Taming Sari dengan kain Cindai untuk mengurangkan bisa tikaman yang teramat sangat.


Apa itu Cindai? Dari segi sejarah kain cindai ini ialah kain yang digunakan Hang Jebat untuk membalut luka pada perutnya selepas ditikam oleh Hang Tuah.



Dan ada yang mengatakan cindai ini sebenarnya perempuan yang mati ketika melahirkan anak dan menjadi "Pontianak" . Wallahua'lam...

Antara pengalaman seram Lagu Cindai-Dato’ Siti Nurhaliza yang pernah tersebar diinternet dan media sosial.







Lagu ni dikatakan lagu bunian. Ada yang mendakwa

lagu ini mirip lagu yang dinyanyikan oleh puteri bunian.



Bahkan ada yang mendakwa apabila menyanyi lagu ni berseorangan

akan ada "backup singer" yang turut menyanyi lagu ni bersama-sama dengan kita...serammm...




1)Dikatakan lagu ini berhantu disebabkan ada seorang perempuan yang sedang menyanyi didalam bilik air ketika mandi dan ada yang ikut menyanyi bersamanya sedangkan ketika itu hanya dia seorang sahaja di dalam bilik air itu.



2)Seorang wanita diganggu ketika menyanyi lagu ini di dalam bilik air juga.

Apabila dia mula menyanyi “cindailah mana” tiba-tiba ada suara perempuan menyapa “cindai di sini”, kemudian hantu itu mengilai he…he…he… Ini adalah antara beberapa kisah dari pengalaman seram seorang perempuan tentang lagu Cindai ini.


Cerita Misteri, Cindai pula bersangkut paut dengan makhluk halus di Alam Bunian (ini ada asasnya).

Kalau mengikut lagu Cindai nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza. Liriknya sungguh mendalam kiasannya bagi pemahaman saya.

Ianya menggunakan bahasa yang sungguh puitis dan lemah-lembut lagi mulus seperti dituturkan oleh seorang Puteri Bunian.

Lagunya berkisar tentang seorang Puteri Bunian di alam ghaib yang dirinya sudah tidak terurus lagi dek merindukan dan menantikan kepulangan suami yang tercinta kembali kesisinya.


Tidur tak lena walaupun diatas tilam emas bercadarkan intan dan hanya berbantalkan lengannya sahaja.

Puteri ini menghias bunga cempaka seperti dia menjaga suaminya dulu.

Tapi disebabkan perbezaan dan darjat manusia yang menghalang mereka untuk bersatu kembali.

Puteri ini tetap juga ingin ke Alam Dunia manusia untuk bertemu dengan suami yang dicintai, disayangi dan bertakthta dihatinya itu.

Walupun terpaksa menempuh gunung-ganang tinggi yang ada onak, ranjau dan duri.Tapi apakan daya si puteri ini memujuk hatinya dengan gurindam lagu dan mendengar tiung menyanyi sahaja sebagai penghibur dan pengubat hati yang lara.

Menunggu sinar masihkah ada harapannya lagi. Walahualam...




Lirik Lagu Cindai - Siti Nurhaliza


Cindailah mana tidak berkias

Jalinnya lalu rentah beribu

Bagailah mana hendak berhias

Cerminku retak seribu



Mendendam unggas liar di hutan

Jalan yang tinggal jalan berliku

Tilam ku emas cadarnya intan

Berbantal lengan tidurku



Hias cempaka kenangan tepian

Mekarnya kuntum nak idam kumbang

Puas ku jaga sibunga impian

Gugurnya sebelum berkembang



Hendaklah hendak hendak ku rasa

Puncaknya gunung hendak ditawan

Tidaklah tidak tidak ku daya

Tingginya tidak terlawan



Janganlah jangan jangan ku hiba

Derita hati jangan dikenang

Bukanlah bukan bukan ku pinta

Merajuk bukan berpanjangan



Akar beringin tidak berbatas

Cuma bersilang paut di tepi

Bidukku lilin layarnya kertas

Seberang laut berapi



Gurindam lagu bergema takbir

Tiong bernyanyi pohonan jati

Bertanam tebu di pinggir bibir

Rebung berduri di hati



Laman memutih pawana menerpa

Langit membiru awan bertali

Bukan di rintih pada siapa

Menunggu sinarkan kembali


( Lagu : Pak Ngah - Lirik : Hairul Anuar Harun )