-->

Mei 02, 2017

2 Lelaki Ditahan Terlibat Pergaduhan Berkumpulan Di Ampang

2 Lelaki Ditahan Terlibat Pergaduhan 80 Lelaki Di Ampang,ok!: Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan berkumpulan yang tular di media sosial berhampiran Hospital Ampang awal pagi semalam.

2 Lelaki Ditahan Terlibat Pergaduhan Berkumpulan Di Ampang

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah mendapati sekumpulan 80 lelaki bergaduh berhampiran hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, anggota berkenaan telah menghampiri kumpulan lelaki tersebut dan mengarahkan supaya mereka bersurai namun arahan itu tidak diendahkan.

“Mereka telah bergaduh dan memukul menggunakan topi keledar sesama sendiri. Justeru anggota berkenaan telah menahan seorang suspek sebelum menangkap seorang lagi lelaki yang berlari menggunakan parang,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kedua-dua suspek berusia 28 tahun dan 33 tahun itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan lanjut.

“Dua lelaki itu ditahan reman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” ujarnya yang turut memaklumkan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Video berdurasi lebih 5 minit yang tular dalam media sosial itu memaparkan sekumpulan lelaki berlari dan menyerbu beberapa lelaki lain dan bergaduh sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

sumber
http://ift.tt/2pRfgVi

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!