Cari Blog Ini




Ketua ISIS Malaysia Wanndy Maut Dalam Serangan Dron US

Ketua ISIS Malaysia Wanndy Maut Dalam Serangan Dron US,ok!: Warga Malaysia yang menjadi anggota kanan ISIS di Syria, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, dilaporkan terbunuh setelah dia ditembak mati dalam serangan dron.

Ketua ISIS Malaysia Wanndy Maut Dalam Serangan Dron US

Adalah difahamkan bahawa seorang lagi anggota ISIS, yang kerakyatannya belum diketahui, turut maut dalam serangan di Ma'dan, Syria, pada Sabtu (29 Apr).

Berita tentang kematian lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun itu dimaklumkani oleh isterinya sendiri, Nor Mahmudah Ahmad, 28 tahun, di laman Facebook beliau.

Nor Mahmudah, yang berada di Syria bersama Wanndy sejak 2014, menulis dalam catatan Facebooknya bahawa beliau menerima takdir ke atas suaminya.

"Pejuangku yang tersayang, akhirnya sudah tiba masanya untuk kamu pergi.

"Saya akan tetap di sini dan menguruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan".

"Meskipun hati saya tidak setabah yang saya jangkakan, saya terima ini sebagai takdir," tulisnya dalam catatan beliau pada Sabtu.

Wanndy diletakkan dalam senarai Pengganas Global Khas Amerika Syarikat pada bulan Mac, di mana ia juga menjadikannya sasaran berprofil tinggi bagi agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia.

Dia turut diburu di Malaysia kerana merekrut anggota baru dan mengatur serangan terhadap Malaysia dari Syria.

Sumber-sumber yang terlibat dalam memantau warga Malaysia itu yang berjuang dengan ISIS di Syria memberitahu New Straits Times Malaysia bahawa meskipun isteri Wanndy memaklumkan tentang kematiannya, para perisik belum lagi dapat mengesahkannya .

Pasukan perisik masih mengumpul maklumat tentang sama ada berita berkenaan adalah muslihat untuk memperdayakan orang ramai tentang kematiannya.

"Meskipun isterinya sudah mengesahkan berita itu, masih terdapat rasa curiga terhadap catatan tersebut.

"Ini kerana beberapa perkataan yang digunakan dalam catatan itu tidak sering digunakan oleh isterinya sebelum ini.

"Ia tidak seperti cara penulisannya," menurut sumber.

Pada Rabu lalu, Wanndy juga memuat naik catatan tentang insiden yang hampir membunuh dirinya.

Dia menceritakan tentang bagaimana kereta yang dipandunya dibedil secara bertubi-tubi setelah dia melintasi kawasan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Meskipun berjaya melarikan diri tanpa sebarang kecederaan, seorang lagi anggota - yang namanya tidak diketahui tetapi dilaporkan sebagai anak lelaki kepada seorang lagi warga Malaysia Ahmad Salman Abdul Rahim - mengalami luka tembakan pada bahagian kaki.

Wanndy juga berkongsi beberapa gambar kereta itu yang ditembak berkali-kali.

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan