-->

Oktober 24, 2017

Masukkan Sampah Ke Dalam Kemaluan Kanak-Kanak Empat Tahun, Lapan Ditahan Polis..

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dicabul pekerja Vietnam ketika ibu bapanya memperbaharui visa suspek.
Gambar - Google
Mangsa mengadu kemaluannya dimasukkan “sampah” oleh lelaki Vietnam yang bekerja dengan bapanya dalam industri laut dalam, lapor Malay Mail hari ini.
Ketua polis daerah Padawan berkata mangsa tinggal bersama lapan pekerja Vietnam di rumahnya di Jalan Matang, Batu Kawa dekat sini ketika ibu bapanya ke Jabatan Imigresen antara jam 3 hingga 5 petang semalam.
Supt Aidil Bolhassan berkata kejadian terbongkar apabila mangsa mengadu sakit pada kemaluan ketika buang air kecil sebelum ibunya, 33, membuat laporan polis jam 3 pagi tadi.
Beliau berkata lapan suspek berusia 19 hingga 47 tahun yang tinggal sementara di rumah tersebut ditahan dua jam kemudian manakala mangsa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak.
Katanya, mangsa belum dapat mengenal pasti suspek yang memasukkan “sampah” dan mereka direman untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.