-->

November 06, 2017

Indonesia Ancam Sekat WhatsApp Dalam Masa 48 Jam.

Indonesia hari ini mengancam menyekat aplikasi WhatsApp Messenger milik Facebook Inc, dalam tempoh 48 jam jika perkhidmatan itu gagal memberi jaminan, mengeluarkan imej lucah menerusi Format Pertukaran Grafik (GIF).
WhatsApp, yang digunakan secara meluas di Indonesia, negara majoriti penduduk Islam dunia berkata, penyulitan mesej menghalangnya daripada memantau pengguna penyedia pihak ketiga untuk carian GIF.
Ia sebaliknya, meminta kerajaan republik itu bekerjasama dengan penyedia terbabit.
Gambar - Google
Ketua Pengarah Kementerian Penerangan dan Komunikasi Indonesia, Semuel Pangerapan berkata, WhatsApp mungkin disekat dalam tempoh 48 jam kecuali, imej dibekalkan pihak ketiga ditarik balik daripada perkhidmatan itu.
"Ya, benar. Mereka perlu mematuhi peraturan hos," kata Semuel mengenai cadangan sekatan itu.
Katanya, kementerian sudah menghantar tiga surat kepada WhatsApp berhubung isu itu.
"Mereka sudah menjawab, namun meminta kami bercakap secara langsung dengan pihak ketiga. GIF muncul dalam aplikasi mereka.
Mengapa kami yang perlu bercakap kepada pihak ketiga? Mereka yang sepatutnya menguruskannya," kata Semuel.
Beliau berkata, Tenor, penyedia pihak ketiga GIF kepada WhatsApp sudah disekat.
Data WhatsApp menunjukkan, Indonesia memiliki 69 juta pengguna aktif Facebook sehingga suku pertama 2014, berada di kedudukan keempat tertinggi global selepas Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil.
Yayasan Pengguna Indonesia menggesa Kementerian Komunikasi menyekat imej pornografik GIF yang boleh diakses menerusi emoticon, mengadu kanak-kanak terdedah menggunakannya, menurut laman web berita, kompas.com. - Reuters
Sumber : Berita Harian