Tiket Final Piala Malaysia Dilindungi Insurans & Berikut Cara Nak Menuntut Jika Berlaku Kemalangan. - La iye Ker

Hot





November 01, 2017

Tiket Final Piala Malaysia Dilindungi Insurans & Berikut Cara Nak Menuntut Jika Berlaku Kemalangan.

MAKLUMAN BERKAITAN TUNTUTAN PERLINDUNGAN INSURANS KEPADA PEMEGANG TIKET PERLAWANAN AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2017

Football Malaysia LLP
Berikut merupakan aliran proses tuntutan perlindungan insurans untuk pemegang tiket Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2017:
A. JIKA BERLAKU KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE STADIUM (DALAM MASA 12 JAM SEBELUM PERLAWANAN BERMULA), DI DALAM STADIUM ATAU DALAM PERJALANAN PULANG DARI STADIUM (DALAM MASA 12 JAM SELEPAS TAMAT PERLAWANAN)
1. Waris pemegang tiket hendaklah membuat laporan polis memaklumkan bahawa pemegang tiket asal telah meninggal dunia akibat kemalangan sejurus selepas mendapatkan pengesahan laporan daripada pihak hospital yang diiktiraf MMA.
2. Selepas urusan pengebumian jenazah selesai, waris hendaklah membawa bersama salinan laporan polis, sijil kematian, laporan kematian daripada pihak hospital dan tiket asal untuk membuat tuntutan pampasan kematian di pejabat FMLLP.
3. Semua dokumen tersebut perlu diserahkan kepada pejabat FMLLP dan tiket perlawanan akhir tersebut juga perlu disahkan oleh pejabat FMLLP. Setelah itu, waris hendaklah mengisi borang tuntutan yang akan diberikan oleh pegawai di pejabat FMLLP.
4. Lengkapkan borang tuntutan tersebut dengan memberikan maklumat secara terperinci.
5. Setelah dokumen-dokumen tersebut lengkap, pihak FMLLP akan menyerahkannya kepada syarikat insurans (MPI Generali), untuk urusan pembayaran pampasan. Waris akan dihubungi oleh pihak insurans (MPI Generali) jika terdapat sebarang bukti lain yang diperlukan, atau sekiranya proses tuntutan tersebut telah berjaya.
6. Tempoh pembayaran dianggarkan kurang 60 hari daripada tarikh dokumen yang lengkap diserahkan kepada syarikat insurans (MPI Generali).
B. JIKA BERLAKU KECEDERAAN AKIBAT KEMALANGAN SEMASA DALAM PERJALANAN KE STADIUM (DALAM MASA 12 JAM SEBELUM PERLAWANAN BERMULA), DI DALAM STADIUM ATAU DALAM PERJALANAN PULANG DARI STADIUM (DALAM MASA 12 JAM SELEPAS TAMAT PERLAWANAN)
1. Pemegang tiket perlu mendapatkan rawatan segera daripada mana-mana klinik atau hospital berdekatan yang diiktiraf MMA. Bil-bil kos perubatan hendaklah dibayar oleh pemegang tiket terlebih dahulu.
2. Pemegang tiket hendaklah membuat laporan polis sejurus selepas menerima rawatan kecemasan tersebut. Laporan polis harus menerangkan bahawa kemalangan tersebut berlaku dalam perjalanan ke stadium, di dalam stadium atau ketika perjalanan pulang ke selepas tamat perlawanan.
3. Untuk membuat tuntutan bayaran balik bil-bil kos perubatan tersebut, pemegang tiket hendaklah membawa bersama salinan laporan polis, salinan ic pemegang tiket, resit-resit atau bil-bil asal kos perubatan dari klinik atau hospital dimana mendapatkan rawatan, laporan perubatan (jika perlu) dan tiket asal yang disahkan oleh FMLLP.
4. Pemegang tiket hendaklah maklumkan kepada FMLLP mengenai kecederaan atau kecacatan kekal akibat kemalangan yang berlaku dan mendapatkan borang tuntutan daripada FMLLP.
5. Lengkapkan borang tuntutan tersebut dengan memberikan maklumat secara terperinci.
6. Borang tuntutan tersebut hendaklah disertakan sekali bersama dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di Perenggan 3 .
7. Borang tuntutan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada FMLLP bersama-sama dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan.
8. Setelah dokumen-dokumen tersebut lengkap, pihak FMLLP akan menyerahkannya kepada syarikat insurans (MPI Generali), untuk urusan pembayaran pampasan. Pemegang tiket akan dihubungi oleh pihak insurans (MPI Generali) jika terdapat sebarang bukti lain yang diperlukan, atau sekiranya proses tuntutan tersebut telah berjaya.
9. Tempoh pembayaran dianggarkan kurang 60 hari daripada tarikh dokumen yang lengkap diserahkan kepada syarikat insurans (MPI Generali).
RUJUKAN :
Pemegang tiket yang sah akan dilindungi Group Personal Accident (GPA) bermula 12 jam sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia mula, sepanjang di dalam stadium dan 12 jam selepas perlawanan akhir Piala Malaysia tamat.
Manfaat yang ditawarkan adalah :
i. Pampasan kematian akibat kemalangan=RM 5,000.00
ii. Pampasan cacat kekal akibat kemalangan=RM 5,000.00
iii. Kos Perubatan akibat kemalangan=hanya kos perubatan di bawah RM500.00 sahaja akan ditanggung (RM25.00 akan ditanggung oleh pemegang tiket)
iv. Khairat Kematian akibat kemalangan=RM1,000.00


Tiada ulasan:

Catat Ulasan