-->

Disember 07, 2017

6 Wanita Bergaduh Guna Helmet, Kayu, Pisau Bagaikan Samseng Kerana Media Sosial, Seorang Dilaporkan Cedera.

Pertemuan enam wanita untuk menyelesaikan perselisihan faham berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka cedera ditikam dalam kejadian di Stesen Kereta api Tanah Melayu (KTM) Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini kelmarin lapor Utusan Online hari ini.

Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, sekumpulan empat wanita bertemu dengan dua lagi wanita di lokasi untuk menyelesaikan perselisihan faham berkaitan kata-kata di dalam media sosial sebelum berlakunya pergaduhan. 

“Dalam pergaduhan tersebut, kesemua wanita berusia lingkungan 20-an itu turut menggunakan pengunci kereta, topi keledar, kayu dan pisau sebelum salah seorang daripada mereka ditikam dengan sebilah pisau. 

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi. 

Ujar Mohd. Zani, suspek berusia 20 tahun kemudian ditahan di Little India, Klang Selatan pada pukul 12.50 tengah hari semalam dan suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.